Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Raikan Hari GIS Sedunia dengan pelbagai aktiviti

Siaran Akhbar: Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan

Ukur_GIS_2017_1.jpg

ACARA Hari GIS Sedunia dirasmikan oleh Juruukur Agung, Awang Haji Ali Bakar bin Haji Kasim.

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 19 November. – Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan, Negara Brunei Darussalam dengan kerjasama Dart Logistics Sendirian Berhad menyambut Hari GIS Sedunia 2017 dengan mengadakan pelbagai permainan dan aktiviti semasa Bandarku Ceria di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, di sini.

Menurut Siaran Akhbar Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan, Hari GIS Sedunia diraikan setiap tahun dalam minggu ketiga bulan November. Tema bagi Hari GIS Sedunia tahun ini ialah 'Discovering the World Through GIS'.

Pelbagai aktiviti diadakan sempena hari berkenaan di seluruh dunia oleh pengguna-pengguna Sistem Maklumat Geografi (GIS) dengan mempamerkan aplikasi-aplikasi yang dapat dimanfaatkan oleh lapisan mesyarakat.

Jabatan Ukur beberapa tahun kebelakangan meraikan Hari GIS Sedunia dengan mengadakan bengkel juga pameran aplikasi GIS dan mengadakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan para penuntut serta pegawai dari sektor kerajaan dan swasta.

Dengan kerjasama Dart, sambutan tahun ini disasarkan kepada orang ramai, iaitu untuk meningkatkan kesedaran tentang GIS melalui acara permainan dan aktiviti.

Antara permainan yang disediakan ialah Piece the Puzzle, Sort the Kampung Names, Meneka Nama Bangunan & Jalan Raya, Label the Place, Meneka Jarak & Planet dan Magic Box serta Photo Booth.

Ukur_GIS_2017_3.jpg

Ukur_GIS_2017_4.jpg

ANTARA aktiviti yang diadakan sempena Hari GIS Sedunia.

Acara berkenaan dirasmikan oleh Juruukur Agung, Awang Haji Ali Bakar bin Haji Kasim diikuti dengan demonstrasi oleh Pengasas dan CEO Dart, Awang Zul 'Amali bin Dato Paduka Haji Idris.

Ukur_GIS_2017_2.jpg

ACARA berkenaan dirasmikan oleh Juruukur Agung, Awang Haji Ali Bakar, diikuti dengan demonstrasi oleh Pengasas dan CEO Dart, Awang Zul 'Amali bin Dato Paduka Haji Idris.

Dart adalah syarikat teknologi tempatan pertama di negara ini yang menyediakan perkhidmatan tempahan teksi melalui aplikasi yang membolehkan pelanggan untuk menempah perjalanan daripada teksi dan pemandu berpengalaman dan perkhidmatan sokongan pelanggan untuk masalah teknikal. Aplikasi tersebut boleh dimuat turun dari Google Play dan Apple App.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments