Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Lawatan peserta Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pegawai Waran

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

 IMG_8775.JPG

ANTARA peserta-peserta Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Waran Sesi 2017 yang mengadakan lawatan sambil belajar ke Kementerian Pembangunan.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 25 Oktober. – Kementerian Pembangunan telah menerima lawatan sambil belajar daripada peserta-peserta Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Waran Sesi 2017 yang terdiri dari seramai 51 orang peserta kursus serta 7 orang jurulatih dari Kementerian Pertahanan.

IMG_8786.JPG

PEMANGKU Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, Kementerian Pembangunan, Awang Mohamad Iskandar bin Haji Idris semasa memberikan ucapan mengalu-alukan kunjungan peserta-peserta Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Waran Sesi 2017 ke Kementerian Pembangunan.

IMG_8862.JPG

PARA peserta Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Waran Sesi 2017 mendengarkan taklimat mengenai peranan dan fungsi Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan dibawahnya.

Hadir mengalu-alukan kehadiran rombongan tersebut ialah Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, Kementerian Pembangunan, Awang Mohamad Iskandar bin Haji Idris.

Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada peserta-peserta kursus tentang pembangunan Negara Brunei Darussalam semenjak kemerdekaan sehinggalah ke hari ini.

IMG_8901.JPG

PEGAWAI-PEGAWAI daripada Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan dibawahnya memberikan taklimat kepada peserta-peserta Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Waran Sesi 2017.

Beberapa taklimat mengenai peranan dan fungsi Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan dibawahnya telah disampaikan kepada para peserta kursus yang hadir. Sesi soal jawab juga dibukakan sebelum lawatan rombongan berkenaan berakhir.

IMG_8908.JPG

SALAH seorang peserta Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Waran Sesi 2017 mengemukakan soalan semasa sesi soal jawab.

Attachments