Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

ASEAN kemas kini kerjasama pemantauan pencemaran udara

Berita dan Foto: Hernie Suliana Haji Othman

1_AATHP1_jastre.jpg

 KETUA-KETUA delegasi Mesyuarat Jawatankuasa Ke-13 Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (COM-13th to AATHP) semasa bergambar ramai.

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 11 September. – Mesyuarat Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (AATHP) bermatlamat untuk mencegah dan memantau pencemaran udara merentasi sempadan akibat kebakaran tanah dan hutan melalui usaha negara dan kerjasama serantau yang lebih bersepadu. Mesyuarat berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. 

Seramai 80 orang delegasi dari 10 negara anggota ASEAN (AMS) termasuk wakil-wakil dari Sekretariat ASEAN, Pusat Meteorologi Khas ASEAN (AMSC) dan juga pihak berkuasa tempatan seperti Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan, Jabatan Bomba dan Penyelamat termasuk Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam bersidang pada Mesyuarat Jawatankuasa Ke-13 Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (COM-13th to AATHP) untuk mengkaji dan mengemas kini kerjasama serantau dalam isu-isu berkaitan jerebu untuk persediaan bagi Mesyuarat Ke-13 Persidangan bagi Pihak-Pihak Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (COP-13th to AATHP).

Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Pembangunan, Awang Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah, selaku Pengerusi dalam ucapan alu-aluan berkata, Negara Brunei Darussalam telah diberkati dengan kualiti udara yang baik di sepanjang tahun dan berharap keadaan sedemikian akan berterusan sehingga berlangsungnya Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta pada Oktober yang akan datang.

2_AATHP_jastre.jpg

SETIAUSAHA Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Pembangunan, Awang Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah semasa mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Ke-13 Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (COM-13th to AATHP).

Mesyuarat COM-13th dilihat sebagai salah satu cara untuk mengendalikan AMS di peringkat kebangsaan dan serantau sebagai usaha mengumpulkan dan bekerjasama dalam menguruskan kebakaran hutan dan tanah yang lebih baik.

Antara agenda mesyuarat tersebut ialah bagi mengkaji dan melihat keadaan cuaca dan jerebu asap oleh AMSC, serta untuk mengemas kini Pelan Kerjasama ASEAN ke arah Kawalan AATHP dengan cara pelaksanaan, yang mana ia sebagai rangka kerja strategik untuk mengawal pencemaran jerebu merentas sempadan di rantau ASEAN bagi mencapai visi ASEAN Bebas Jerebu Rentas Sempadan pada tahun 2020.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments