Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Kementerian Pembangunan korbankan 5 ekor kerbau

Berita dan Foto: Haji Ariffin bin Mohd. Noor / Morshidi

5_korban1438.jpg

TETAMU kehormat, Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar menyempurnakan pengagihan daging-daging korban kepada penerima.

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 4 September. – Bersempena menyambut Hari Raya Aidiladha, Kementerian Pembangunan telah mengadakan Majlis Ibadah Korban di Dewan Indera Pahlawan, Pusat Ujian Kemahiran Kerja dan Latihan, Kementerian Pembangunan, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat, Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah diikuti dengan ucapan alu-aluan dari Pemangku Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRE), Awang Haji Shahruddin Khairul bin Haji Anuar, selaku Pengerusi majlis.

3_korban1438.jpg

PEMANGKU Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRE), Awang Haji Shahruddin Khairul bin Haji Anuar menyampaikan ucapan alu-aluannya selaku Pengerusi Majlis.

Majlis turut diserikan dengan takbir yang membesarkan kebesaran Ilahi dikepalai oleh penceramah undangan dari Pusat Da'wah Islamiah, Dr. Haji Ismuhadi bin Haji Abdullah yang juga menyampaikan ceramah bertajuk "Keistimewaan Bulan Zulhijjah".

Dalam ceramahnya, Dr. Haji Ismuhadi turut menyentuh mengenai ibadah-ibadah di dalamnya seperti mengerjakan haji, berpuasa sunat di samping memperbanyakkan bertakbir, bertahmid serta zikir dan melaksanakan ibadah korban.

4_korban1438.jpg

PENCERAMAH undangan dari Pusat Da'wah Islamiah, Dr. Haji Ismuhadi bin Haji Abdullah mengetuai takbir dan menyampaikan ceramah bertajuk "Keistimewaan Bulan Zulhijjah".

Majlis diakhiri dengan penyampaian daging-daging ibadah korban kepada lebih 80 orang penerima yang disempurnakan oleh tetamu kehormat.

Sempena bulan Zulhijjah 1438 Hijrah, sebanyak 5 ekor kerbau telah dikorbankan oleh warga Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional), Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Pemangku Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; ketua-ketua jabatan dan divisyen serta pegawai dan warga di dalam Kementerian Pembangunan.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments