Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Kemas kini pengetahuan pakar Geomatik perkembangan teknologi terkini

​Oleh: Aimi Sani | Foto: Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

2_SEASC2017.png

HADIR selaku tetamu kehormat ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 15 Ogos. – Kongres Ukur Asia Tenggara Ke-14 (14th South East Asia Survey Congress – SEASC) bermatlamat untuk mengemas kini pengetahuan dan kefahaman para pakar-pakar di dalam bidang Geomatik mengenai perkembangan teknologi terkini di samping mengeratkan kesefahaman dan kerjasama dalam penyelidikan di antara pakar-pakar di dalam bidang Geomatik.

Kongres anjuran Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan dengan kerjasama Brunei Institution of Geomatics (B.I.G) di bawah naungan ASEAN Federation of Land Surveying and Geomatics (AFLAG) tersebut dirasmikan oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah. Juga hadir, Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Majlis berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun selama tiga hari bermula 15 hingga 17 Ogos.  Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Juruukur Agung, Awang Haji Ali Bakar bin Haji Kasim, selaku Pengerusi Majlis diikuti dengan kata-kata aluan yang disampaikan oleh Presiden AFLAG, Sr. Haji Mohammad Azmi bin Mohd Zin.

4_SEASC2017.png

UCAPAN daripada Presiden AFLAG, Sr. Haji Mohammad Azmi bin Mohd Zin.

Majlis diteruskan dengan ucapan dan perasmian seminar oleh tetamu kehormat majlis diikuti dengan pembentangan dua kertas kerja plenari bertajuk 'Bridging the Gap through MRA' yang disampaikan oleh Presiden B.I.G, Sr. Pengiran Haji Matusin bin Pengiran Haji Matasan sementara 'Strata Housing in Singapore' dibentangkan oleh wakil dari Surbana Jurong Consultants Pte. Ltd. Republik Singapura, See Seng Guan.

3_SEASC2017.png

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah semasa merasmikan Kongres Ukur Asia Tenggara Ke-14.

5_SEASC2017.png

SESI Pertama disampaikan oleh Presiden B.I.G, Sr. Pengiran Haji Matusin bin Pengiran Haji Matasan selaku Pengarah Kongres.

Dengan bertemakan 'Bridging the Gap', sebanyak 70 kertas kerja dan dua sesi khas akan disampaikan yang memfokuskan kepada tema 'Falak Syari'e' dan 'Pembangunan Tanah'.

6_SEASC2017.png

SEBAHAGIAN daripada peserta kongres.

Sesi 'Falak Syari'e' akan membawakan penyampai pakar tempatan dan antarabangsa dari Indonesia, Malaysia dan Singapura yang pakar di dalam bidang Astronomi dan penglihatan anak bulan. Manakala sesi 'Pembangunan Tanah' akan mengumpulkan penyampai yang terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan iaitu Jabatan Ukur, ABCi dan Jabatan Tanah. Lebih 300 peserta terdiri daripada pegawai kerajaan tempatan, penuntut-penuntut dan peserta antarabangsa dari Australia, Britain, China, Hong Kong, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand, Viet Nam dan Jepun telah mendaftar untuk mengikuti kongres tersebut.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments