Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Kementerian Pembangunan adakan Majlis Bertahlil

​Berita dan Foto: Haji Ariffin Mohamad Noor | Morshidi

tahlilkubahmakamdiraja_3.jpg

MENGETUAI rombongan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 8 Jun. – Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan dibawahnya telah mengadakan Majlis Bertahlil bagi paduka ayahnda dan paduka bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman bertempat di Kubah Makam Diraja, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, di sini.

Majlis bertahlil ini merupakan sebahagian daripada kegiatan keugamaan rombongan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan dibawahnya sempena bulan Ramadan Al-Mubarak yang diketuai oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar; Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Awang Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah; Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional), Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin, ketua-ketua jabatan, divisyen dan unit dari Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan dibawahnya.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan bacaan Surah Yaa Siin dan Tahlil dipimpin oleh Imam Masjid Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Kampung Tamoi, Awang Faizal bin Rosli.

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Tahlil dan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam yang turut dibacakan oleh Imam Masjid Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Kampung Tamoi.

 tahlilkubahmakamdiraja_4.jpg

BACAAN Surah Yaa Siin, Tahlil dan Doa dipimpin oleh Imam Masjid Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Kampung Tamoi, Awang Faizal bin Rosli.

tahlilkubahmakamdiraja_2.jpg

SEBAHAGIAN daripada para pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya yang hadir di Majlis Bertahlil tersebut.

Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam adalah Sultan Brunei Ke-28 dan telah lindung pada hari Ahad, 3 Muharam 1407 Hijrah bersamaan dengan 7 September 1986 Masihi dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman lindung pada hari Khamis, 20 Syawal 1399 Hijrah bersamaan dengan 13 September 1979 Masihi.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments