Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Majlis Penyempurnaan Penganugerahan Lot-Lot Tanah dan Anak-Anak Kunci Rumah

​Oleh: Siaran Akhbar Jabatan Kemajuan Perumahan | Foto: Jabatan Penerangan

2_penyerahananakanakkunci.jpg

KEBAWAH DYMM berkenan menyempurnakan penganugerahan kepada penerima Anak-Anak Kunci Rumah Kluster dan Rumah Teres RPN Meragang, Tanah Jambu dan Lugu dan Rumah Teres STKRJ Kampung Mata-Mata (Katok 'B'), Kampung Tungku (Katok 'A').

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Mei. – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menyempurnakan Penganugerahan Lot-Lot Tanah dan Anak-Anak Kunci Rumah kepada 954 orang penerima di bawah Rancangan Perumahan Negara (RPN) dan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) bagi Daerah Brunei dan Muara.

Majlis berkenaan diadakan di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. Keberangkatan tiba KDYMM dijunjung oleh Pemangku Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong dan Pemangku Pegawai Daerah Brunei-Muara, Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abdul Karim.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Pengiran Haji Shahril Azman bin Pengiran Haji Metusin, Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Daerah Brunei dan Muara diikuti dengan sembah alu-aluan daripada Yang Mulia Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara.

Pada majlis berkenaan, dari keseluruhan jumlah peserta seramai 222 orang adalah penerima lot-lot tanah manakala 732 orang pula menerima anak-anak kunci rumah.

Menurut perangkaan Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan, lebih 28 ribu buah rumah yang telah dihasilkan, dari jumlah tersebut sebanyak 26,240 unit rumah telah dianugerahkan kepada para penerima yang berkelayakan seluruh negara yang mana dari jumlah berkenaan lebih 17 ribu unit adalah bagi para penerima dari Daerah Brunei dan Muara. Ini membuktikan komitmen kerajaan melalui Kementerian Pembangunan dalam merancang dan meneliti penyediaan perumahan di bawah Skim Perumahan Negara bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian rakyat selaras dengan strategi pembangunan Wawasan Brunei 2035.

4_penyerahananakanakkunci.jpg

5_penyerahananakanakkunci.jpg

SEBAHAGIAN daripada para penerima lot-lot tanah dan kunci. (Gambar atas dan bawah)

Sejurus selesai menyempurnakan majlis penganugerahan berkenaan, KDYMM berkenan melawat ke Sekolah Rendah Anggerek Desa, Kluster III, Mukim Berakas 'A'. Seramai 336 orang menuntut di sekolah berkenaan terdiri penuntut diperingkat Pra Sekolah hingga Tahun 6. Sekolah rendah ini mempunyai 54 orang tenaga pengajar.

 6_penyerahananakanakkunci.jpg

 7_penyerahananakanakkunci.jpg

 8_penyerahananakanakkunci.jpg

 9_penyerahananakanakkunci.jpg

 10_penyerahananakanakkunci.jpg

Diakhir lawatan, KDYMM berkenan berangkat ke rumah peserta yang menerima anak-anak kunci rumah mereka di bawah Rancangan Perumahan Negara Lugu, Mukim Sengkurong;

a) Yang Mulia Dayangku Fa'aezah Nordzaryah binti Pengiran Tajudin, Lot 73066, No. 8, Simpang 8, Jalan Ambin [Zon A, Neighborhood 'C']

b) Yang Mulia Awang Haji Md Irwan bin Haji Tarip, Lot 73175, No. 2, Simpang 30-4-5, Jalan Ambin [Zon A, Neighborhood 'D']

c) Yang Mulia Dayang Khairunnisa binti Haji Yahaya, Lot 73332, No. 19, Simpang 30-3-8-11, Jalan Ambin [Zon A, Neighborhood 'E']

d) Yang Mulia Awang Suhadi bin Buang, Lot 73540, No. 13, Simpang 19-3-6, Jalan Ambin [Zon A, Neighborhood 'F']

e) Yang Mulia Awang Rudy Iman bin Haji Mohamed Salleh, Lot 73544, No. 8, Simpang 19-3-18, Jalan Ambin [Zon A, Neighborhood 'F']

Sejak Negara Brunei Darussalam mencapai kemerdekaan pada tahun 1984 di bawah pimpinan KDYMM, rakyat dan penduduk di negara ini telah dan terus menikmati berbagai kemudahan antaranya penyediaan perumahan. Ini jelas mencerminkan keprihatinan dan pemedulian Baginda kepada rakyat dan penduduk negara ini dan secara langsung membuktikan komitmen Kerajaan dalam mendukung hasrat dan cita-cita baginda khususnya dalam menyediakan perumahan yang berkonsep berdaya tahan dan mampu dimiliki selaras dengan salah satu objektif Rancangan Kemajuan Negara (RKN) untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan rakyat yang tinggi.

Oleh itu, dalam usaha memastikan penyediaan perumahan di bawah Skim Perumahan Negara ini mampu berdaya tahan (sustainable), Kementerian Pembangunan telah menubuhkan satu jawatankuasa iaitu 'Housing Focus Group' bagi meneliti pendekatan-pendekatan baru dengan merebiu secara menyeluruh dasar subsidi Kerajaan, syarat-syarat kelayakan pemohon, jenis perumahan yang akan dibina dengan mengambil isu ketersediaan tanah negara.

Antara usaha yang kini dilaksanakan dimana Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kemajuan Perumahan telah melaksanakan Kemaskini Data Pemohon Skim Perumahan Negara (KSPN) 2017 selama dua bulan sehingga Jun ini. Adalah diharapkan hasil dari KSPN 2017 ini membolehkan Kementerian Pembangunan merangka dan mengemaskini dasar yang sedia ada dan memastikan bahawa dasar Skim Perumahan Negara akan terus relevan dan dapat dilaksanakan untuk kepentingan rakyat dan penduduk di negara ini.

Attachments