Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Smarter Brunei menerima sumbangan hasil Larian Hari Habitat Sedunia

Oleh: Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim | Foto: Mohd Zul-Izzi Haji Duraman, Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

5_harihabitat2017_o.jpg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah menyempurnakan penyerahan sumbangan berjumlah BND24,628.19 kepada Presiden Smarter Brunei, Malai Haji Abdullah bin Malai Haji Othman.

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 5 Mac. - Hampir 2,000 peserta menyertai larian dan ekspedisi berbasikal amal bersempena dengan Sambutan Hari Habitat Sedunia 2016/2017 anjuran Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan dengan kerjasama Empowered Entrepreneur Services yang bermula dan berakhir di kawasan ibu pejabat jabatan berkenaan, Lapangan Terbang Lama, Berakas, di sini.

Beberapa kategori larian merangkumi 21 Kilometer (Km), 5Km dan larian 3.5Km 'Fun Run' dan acara ekspedisi berbasikal diadakan pada acara berkenaan.

Hadir selaku tetamu kehormat menyempurnakan pelepasan peserta larian 21Km ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah yang kemudiannya juga menyertai Ekspedisi Berbasikal.

1_harihabitat2017.jpg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Bahrin bin Abdullah menyempurnakan pelepasan Larian 'Half-Marathon' 21 Km Larian dan Ekspedisi Berbasikal Amal Sempena Hari Habitat Sedunia 2016/2017 yang berlangsung di kawasan Ibu Pejabat, Jabatan Kemajuan Perumahan.

2_harihabitat2017.jpg

PELEPASAN para peserta Ekspedisi Berbasikal 42Km. Juga menyertai ekspedisi tersebut, Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Bahrin bin Abdullah.

Acara juga diselajurkan dengan penyerahan sumbangan berjumlah BND24,628.19 dari tetamu kehormat kepada Presiden Smarter Brunei, Malai Haji Abdullah bin Malai Haji Othman.

Sumbangan tersebut merupakan hasil sumbangan peserta dan juga 20 peratus dari yuran penyertaan peserta yang mengikuti acara berkenaan.

Johan bagi Kategori 21Km Terbuka Lelaki dan Wanita masing-masing disandang oleh James Gurunga Karam dan Dayang Shaazatul Wardah binti Haji Ramli.

Manakala johan bagi Kategori 21Km Veteran Lelaki dan Wanita pula diraih oleh Awang Suhaili bin Haji Nayan dan Airince Liam.

Menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang 21Km Veteran Lelaki ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.  Manakala hadiah kepada pemenang 21Km Terbuka Wanita disampaikan oleh  Pemangku Pengarah Jabatan Kemajuan Perumahan, Awang Haji Mohammad Zain bin Haji Mohammad, manakala Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin menyempurnakan penyampaian hadiah bagi pemenang 21Km Terbuka Lelaki.

4_harihabitat2017.jpg

TIMBALAN Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar menyempurnakan penyampaian hadiah bagi pemenang 21 Km Veteran Lelaki.

Sementara itu, Setiausaha Tetap, Pentadbiran dan Kewangan, Awang Haji Mohammad Lutfi bin Abdullah pula menyempurnakan penyampaian hadiah bagi pemenang 21Km Veteran Wanita.

Para pemenang Kategori Terbuka Lelaki dan Wanita 21Km dan Kategori Veteran Lelaki dan Wanita 21Km masing-masing membawa pulang hadiah dan wang tunai.

Tujuan utama acara tersebut diadakan adalah bagi mengamalkan cara hidup yang sihat dan cergas dengan melibatkan diri dalam kegiatan sukan dan riadah secara berterusan, di samping untuk mengumpul sumbangan yang akan disalurkan kepada Smarter Brunei.

Teks disesuaikan dari Pelita Brunei.

Attachments