Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Menteri Pembangunan menerima kunjungan hormat

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan​

1_Menteri Pembangunan menerima kunjungan hormat.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid semasa menerima kunjungan hormat daripada Ketua-ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baharu dilantik.

BERAKAS, Khamis, 9 Mac. – Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, pagi tadi menerima kunjungan hormat daripada Ketua-ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baharu dilantik.

Yang Berhormat Menteri Pembangunan menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Kesultanan Oman, Puan Yang Terutama Noralizan binti Abdul Momin; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Filipina, Puan Yang Terutama Megawati binti Dato Paduka Haji Manan; dan Wakil Tetap Negara Brunei Darussalam ke ASEAN di Jakarta, Republik Indonesia, Puan Yang Terutama Latifah binti Zaini.

Ketua-ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baharu dilantik tersebut menerima Surat-surat Watikah Pelantikan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 28 Februari 2023.

Turut hadir pada kunjungan hormat tersebut ialah Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria; Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Kementerian Pembangunan, Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub; dan Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohammad Salleh.

Kunjungan hormat tersebut telah diadakan di Bilik SiLubang Bangsi, Kementerian Pembangunan.

Attachments