Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Kempen kebersihan sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2022

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi

Launching Photo 1.jpg

PENGARAH Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Dayang Martinah binti Haji Tamit semasa melancarkan 'Marine Debris Clean-Up Handbook' dan kempen kebersihan persisiran pantai bagi serpihan laut.

PANTAI MERAGANG, Sabtu, 11 Jun. – Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi telah mengadakan majlis pelancaran 'Marine Debris Clean‐Up Handbook' dan kempen kebersihan persisiran pantai bagi serpihan laut atau 'marine debris' di Pantai Meragang, Daerah Brunei dan Muara, hari ini.

Acara dimulakan dengan bacaan surah Al‐Fatihah diikuti dengan pelancaran 'Marine Debris Clean‐Up Handbook' oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Kementerian Pembangunan, Dayang Martinah binti Haji Tamit.

Launching Photo 3.jpeg

'MARINE Debris Clean-Up Handbook' yang dilancarkan.

Acara kemudiannya diteruskan dengan taklimat keselamatan dan senaman ringan sebelum memulakan kempen kebersihan.

Pantai Meragang Photo 1.jpg

KEMPEN kebersihan yang diadakan di Pantai Meragang.

Kempen ini turut diadakan secara serentak di Taman Rekreasi Pantai Serasa, Taman Rekreasi Pantai Muara, Jalan Pengasing Pantai Seri Kenangan di Daerah Tutong dan Pantai Kuala Belait di Daerah Belait, dan dihadiri oleh pegawai‐pegawai dan kakitangan jabatan.

Pantai Serasa Photo 2.jpeg

KEMPEN kebersihan yang diadakan di Taman Rekreasi Pantai Serasa.

Pantai Muara Photo 2.jpeg

KEMPEN kebersihan yang diadakan di Taman Rekreasi Pantai Muara.

Jalan Pengasingan Tutong Photo 1.jpeg

KEMPEN kebersihan yang diadakan di Jalan Pengasing Pantai Seri Kenangan di Daerah Tutong.

Pantai Kuala Belait Photo 2.jpeg

KEMPEN kebersihan yang diadakan di Pantai Kuala Belait di Daerah Belait.

Di penghujung kempen-kempen kebersihan yang diadakan, jumlah keseluruhan sampah yang berjaya dikutip adalah sebanyak 1,071 kilogram di lima buah pantai yang mana 426 kilogram daripadanya adalah sisa botol plastik.

Maklumat lanjut dan informasi terkini mengenai kempen ini serta salinan digital buku panduan berkenaan boleh didapati di laman Instagram jabatan: @jastre.bn dan juga laman sesawang: www.env.gov.bn.

Kempen Kebersihan Senegara di bawah Jawatankuasa Induk Isu-isu Kebersihan telah dilancarkan pada 5 Jun 2021 sempena Hari Alam Sekitar Sedunia.

Tujuan utama Kempen Kebersihan Wira Pantai ini diadakan ialah untuk meningkatkan kesedaran dan mengurangkan sisa yang dibuang ke persekitaran laut, terutamanya sisa plastik.

Objektif kempen ini ialah untuk mengumpul 'baseline data' atau data asas serpihan laut di kawasan persisiran; mengenalpasti jenis serpihan laut yang ada; dan memperkasa masyarakat untuk menanamkan rasa tanggungjawab dalam melindungi dan memelihara alam sekitar melalui kaedah pembuangan sampah yang betul.

Buku panduan ini diharapkan dapat membantu orang ramai dan agensi untuk melaksanakan pembersihan pantai yang betul secara sistematik, serta meningkatkan kesedaran mengenai kesan dan cara untuk mengurangkan serpihan laut.

Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi.

Attachments