Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Kementerian Pembangunan adakan Majlis Membaca Surah Yaasin dan Tahlil

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Kementerian Pembangunan adakan Majlis Membaca Surah Yaasin dan Tahlil.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar mengetuai rombongan Kementerian Pembangunan, menghadiri Majlis Membaca Surah Yaasin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 7 April. – Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya, hari ini mengadakan Majlis Membaca Surah Yaasin dan Tahlil khusus bagi ayahanda dan bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman.

Majlis ini juga adalah bagi paduka anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim.

Majlis diadakan di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.

2_Kementerian Pembangunan adakan Majlis Membaca Surah Yaasin dan Tahlil.JPG

3_Kementerian Pembangunan adakan Majlis Membaca Surah Yaasin dan Tahlil.JPG

4_Kementerian Pembangunan adakan Majlis Membaca Surah Yaasin dan Tahlil.JPG

ANTARA pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya yang hadir ke majlis ini.

Rombongan kira-kira 300 orang yang terdiri daripada warga Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya ini diketuai oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Majlis diisikan dengan bacaan Surah Yaasin dan diikuti dengan bacaan tahlil beramai-ramai yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Kampong Belimbing, Subok, Yang Mulia Pengiran Mohd Akbar bin Pengiran Haji Mohd Sabri.

Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan Doa Tahlil dan diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Divisyen dan Unit di Kementerian Pembangunan serta pegawai-pegawai dan kakitangan di Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Majlis ini merupakan aktiviti keagamaan tahunan yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan bersempena bulan Ramadhan.

Attachments