Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Majlis ceramah sempena sambutan Maulidur Rasul

Oleh: Kemterian Pembangunan | Foto: Jabatan Kerja Raya

1_Majlis ceramah sempena sambutan Maulidur Rasul.jpeg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar hadir selaku tetamu kehormat pada majlis ceramah sempena memperingati sambutan Maulidur Rasul.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 30 Oktober. – Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kerja Raya, hari ini, mengadakan majlis ceramah sempena sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi tahun 1443 Hijrah, secara maya, yang dikelolakan bersama oleh Jabatan Kemajuan dan Jabatan Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Kerja Raya.

Hadir selaku Tetamu Kehormat secara maya bagi majlis tersebut ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Ceramah khas bertajuk "Cinta Rasul, Cinta Terindah" disampaikan oleh penceramah undangan, Ustaz Mohammad Nasyith bin Superi, Pegawai Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Antara objektif majlis ini diadakan ialah untuk memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan bagi menyemarakkan lagi Sambutan Maulidur Rasul Sallallahu Alaihi Wasallam.

Majlis diakhiri dengan doa memohon dijauhkan daripada Wabak COVID-19 dan Doa Peliharakan Sultan yang diketuai oleh Ustaz Mohammad Nasyith bin Superi.

Turut hadir secara maya di majlis berkenaan ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan; Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya; pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta kakitangan di Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan dibawahnya.

Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Kerja Raya.

Attachments