Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Kajian mengenai potensi tempat perhentian dan persinggahan di lebuh raya utama

Oleh: Kementerian Pembangunan

1_Kajian mengenai potensi tempat perhentian dan persinggahan di lebuh raya utama.png

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 23 September. – Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa kementerian ini sedang menjalankan satu kaji selidik bertajuk "Study for the Potential Development of Pitstops and Laybys Along Major Highways in Brunei Darussalam".

Kaji selidik ini adalah sebahagian daripada kajian yang bertujuan untuk menilai potensi pembangunan tempat-tempat perhentian dan persinggahan di sepanjang lebuh saya utama di Negara Brunei Darussalam.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Pembangunan ingin meminta kerjasama semua penduduk Negara Brunei Darussalam untuk menyertai kaji selidik ini dengan mengimbas kod QR di atas atau melalui pautan https://forms.gle/CuRpSkLm2BpiPiiH8. Semua maklumat yang diberikan akan dirahsiakan dan hanya digunakan bagi tujuan kajian ini sahaja.

Sebarang pertanyaan mengenai kajian ini, orang ramai bolehlah menghubungi Kementerian Pembangunan melalui e-mel dil@mod.gov.bn.

Attachments