Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan
YANG Berhormat Menteri Pembangunan menyampaikan sijil penghargaan dan cenderamata kepada para pesara.
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 27 April. – Seramai 213 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya yang telah bersara pada tahun 2019 diraikan hari ini dalam Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan bagi Pegawai-pegawai dan Kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya Yang Bersara Pada Tahun 2019 yang diadakan di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan.
Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan sijil penghargaan dan cenderamata kepada para pesara pada majlis tersebut ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.
Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dayang Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh, Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan Kementerian Pembangunan selaku Pengerusi Majlis, Awang Haji Mohammad Kassim bin Haji Ya'akub, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Divisyen dan Unit di Kementerian Pembangunan serta para pesara dari Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya yang diraikan.
Sebelum memulakan majlis, para pesara berkesempatan untuk bergambar ramai bersama Yang Berhormat Menteri Pembangunan.
SESI bergambar ramai bersama pesara daripada Kementerian Pembangunan.
SESI bergambar ramai bersama pesara daripada Jabatan Kerja Raya.
SESI bergambar ramai bersama pesara daripada Jabatan Tanah.
SESI bergambar ramai bersama pesara daripada Jabatan Ukur.
SESI bergambar ramai bersama pesara daripada Jabatan Kemajuan Perumahan.
SESI bergambar ramai bersama pesara daripada Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi.
SESI bergambar ramai bersama pesara daripada Jabatan Perancang Bandar dan Desa.
Seterusnya majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Awang Muhammad Anuar bin Haji Bahar.
Kemudian majlis diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis dan penyampaian sijil penghargaan dan cenderamata oleh tetamu kehormat majlis.
Untuk memberkati majlis, ia diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.
Dari jumlah 213 orang pesara, 13 orang pesara adalah dari Kementerian Pembangunan, 138 orang pesara dari Jabatan Kerja Raya; 21 orang pesara dari Jabatan Ukur; 15 orang pesara dari Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi; 15 orang pesara dari Jabatan Tanah; enam orang pesara dari Jabatan Kemajuan Perumahan; lima orang pesara dari Jabatan Perancang Bandar dan Desa.
Majlis diadakan bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan yang telah bersara dan untuk mengenang jasa serta bakti yang telah dicurahkan semasa bertugas di Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan masing-masing.