Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Bumi diisikan dengan acara keagamaan

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Bumi diisikan dengan acara keagamaan.JPG

YANG Berhormat Menteri Pembangunan hadir selaku tetamu kehormat di majlis ini.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 22 April. – Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-37, tahun 2021, Kementerian Pembangunan juga tidak ketinggalan mengadakan Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di Surau Kementerian Pembangunan.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh tetamu kehormat, diikuti dengan bacaan Khatam Al-Quran dan diteruskan dengan bacaan Takhtim Al-Quran.

Doa Khatam pula dibacakan oleh Awang Muhammad Khairul bin Jackariah.

2_Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Bumi diisikan dengan acara keagamaan.JPG

MAJLIS Khatam Al-Quran.

Majlis turut diserikan dengan bacaan Dikir Marhaban dan diakhiri dengan bacaan Doa sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-37.

Majlis berkenaan diselajurkan dengan Sembahyang Fardhu Zohor berjemaah dan Membaca Doa Kesyukuran sempena dengan Sambutan Hari Bumi (Earth Day) yang disambut setiap 22 April.

'Pulihkan Bumi Kitani' atau 'Restore Our Earth' merupakan tema Hari Bumi pada tahun ini. Tema ini memfokuskan kepada pemulihan bumi melalui pengurangan dan adaptasi terhadap kerosakan dan pencemaran alam sekitar serta perubahan iklim.

3_Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Bumi diisikan dengan acara keagamaan.JPG

TURUT hadir ialah Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-ketua Jabatan, Pegawai-pegawai Kanan, pegawai-pegawai serta kakitangan dari Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Attachments