Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Kementerian Pembangunan adakan majlis tahlil

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Kementerian Pembangunan adakan majlis tahlil 2021.JPG

MAJLIS Bertahlil dan Membaca Surah Yaa Siin yang diadakan di Surau Kementerian Pembangunan.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 17 April. – Kementerian Pembangunan petang tadi mengadakan Majlis Bertahlil dan Membaca Surah Yaa Siin bagi bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah. Majlis berkenaan berlangsung di Surau Kementerian Pembangunan.

Hadir di majlis ini ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Zohor berjemaah, diikuti dengan Bacaan Surah Yaa Siin, Tahlil dan Doa Arwah yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Muhd Azrol Alim bin Haji Zaini.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria, Ketua-ketua Jabatan, Pegawai-pegawai Kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan dari Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya.

Attachments