Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Memperingati peristiwa Isra' dan Mi'raj

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Jabatan Kemajuan Perumahan

4_Memperingati peristiwa Isra’ dan Mi’raj.jpg

5_Memperingati peristiwa Isra’ dan Mi’raj.jpg

YANG Berhormat Menteri Pembangunan ketika menyampaikan hadiah kepada juara Kategori Qari dan Qariah.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 1 April. – Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya telah mengadakan Majlis Musabaqah Tilawah Al-Quran bersempena dengan Sambutan Isra' dan Mi'raj bagi tahun 1442 Hijrah bertempat di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin, Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub, dan Ketua-Ketua Jabatan serta Pegawai-Pegawai Kanan di Kementerian Pembangunan.

Seramai empat qari dan empat qariah memperdengarkan bacaan masing-masing pada peringkat akhir.

Terdahulu, seramai lima qari dan tujuh qariah telah menyertai dan bertanding pada peringkat saringan yang telah diadakan pada 29 Mac 2021.

Kategori Qari dijuarai oleh Awang Haji Eddy Huzaimi bin Haji Mat Yassin dari Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya manakala Kategori Qariah dijuarai oleh Dayang Norhafizah binti Haji Alias dari Jabatan Kemajuan Perumahan.

3_Memperingati peristiwa Isra’ dan Mi’raj.jpg

CERAMAH disampaikan oleh penceramah undangan, Pengarah Pusat Kajian Fiqh Al-Usrah Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB).

Majlis turut diserikan dengan ceramah keagamaan bertajuk "Menghalusi Ibadah Solat mengikut Mazhab Syafie" yang disampaikan oleh penceramah undangan, Pengarah Pusat Kajian Fiqh Al-Usrah Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Awang Hilman bin Awang Haji Salim.

Majlis pada tahun ini dikelolakan oleh Jabatan Kemajuan Perumahan dengan tujuan meningkatkan pemahaman, penghayatan dan menguasai kandungan Al-Qur'an.

Attachments