Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Penandatanganan kontrak projek JKP, JKR

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Penandatanganan kontrak projek JKP, JKR.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar hadir selaku tetamu kehormat dan menyaksikan penandatangan kontrak projek-projek di bawah Kementerian Pembangunan.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 13 Mac. – Majlis menandatangani perjanjian kontrak bagi projek Jabatan Kemajuan Perumahan dan Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan telah diadakan di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan.

Majlis terdahulu menyaksikan penandatanganan kontrak bagi projek kerja-kerja membaikpulih infrastruktur dan menyiapkan pembinaan 140 unit rumah teres di Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba di antara Jabatan Kemajuan Perumahan dan pihak kontraktor yang dilantik, Indramas Sendirian Berhad. Menandatangani bagi pihak Jabatan Kemajuan Perumahan ialah Pemangku Pengarah Kemajuan Perumahan, Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar dan disaksikan oleh Awang Haji Mohd Sufri bin Haji Abdul Hamid, Pemangku Timbalan Pengarah, Jabatan Kemajuan Perumahan. Manakala menandatangani bagi pihak Indramas Sendirian Berhad pula, Pengarah Urusannya Mrs. Kavitha Mohan.

KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH INFRASTRUKTUR DAN MENYIAPKAN PEMBINAAN 140 UNIT RUMAH TERES KONTRAK H35 & H36 DI RANCANGAN PERUMAHAN NEGARA KG RIMBA

Kontraktor: Indramas Sdn Bhd

Harga Kontrak: $8 juta lebih

Tempoh Projek: 18 bulan

Objektif: Membaikpulih dan menyiapkan infrastruktur dan 140 unit rumah teres di Rancangan Perumahan Negara Rimba. Projek ini akan meningkatkan hasil pengeluaran rumah bagi memenuhi keperluan pemohon Skim Perumahan Negara.

2_Penandatanganan kontrak projek JKP, JKR.JPG

PENANDATANGAN Kontrak Kerja-Kerja Membaikpulih Infrastruktur dan Menyiapkan Pembinaan 140 Unit Rumah Teres Kontrak H35 & H36 di Rancangan Perumahan Negara Kampong Rimba.

Pada majlis berkenaan juga berlangsung penandatanganan jaminan rekabentuk di antara pihak Jabatan Kemajuan Perumahan bersama dengan Gemilang Latif Associates, AlamSejagat Consulting Engineers Sendirian Berhad dan Regional Consultants. Menandatangani bagi pihak Jabatan Kemajuan Perumahan ialah Pemangku Pengarah Kemajuan Perumahan, Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar dan disaksikan oleh Dayang Rosniza binti Dato Paduka Haji Hamdani, Ketua Juruukur Bahan, Jabatan Kemajuan Perumahan bersama dengan wakil-wakil kontraktor yang dilantik iaitu Pengarah Urusan Gemilang Latif Associates, Ar. Mahri bin Haji; Pengarah Urusan AlamSejagat Consulting Engineers, Ir. Affandy bin Mohd. Morshidi; dan Pengarah Urusan Regional Consultants, Ir. Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Modin.

3_Penandatanganan kontrak projek JKP, JKR.JPG

4_Penandatanganan kontrak projek JKP, JKR.JPG

5_Penandatanganan kontrak projek JKP, JKR.JPG

PENANDATANGAN jaminan rekabentuk di antara pihak Jabatan Kemajuan Perumahan bersama Gemilang Latif Associates, AlamSejagat Consulting Engineers Sendirian Berhad dan Regional Consultants.

Juga diselajurkan pada majlis penandatangan kontrak bagi projek-projek dibawah kendalian Jabatan Kerja Raya seperti berikut:

1. KERJA-KERJA PEMELIHARAAN JALAN RAYA BERINTEGRASI DI LEBUHRAYA MUARA-BELAIT

Kontraktor: D.H.H.B. Contractor and Engineering Sendirian Berhad

Harga Kontrak: $7,500,000.00

Tempoh Projek: 36 bulan

Objektif Projek: Bertujuan bagi perlaksanaan kerja-kerja pemeliharaan jalan raya yang lebih teratur dan cekap bagi keselamatan dan keselesaan kepada pengguna-pengguna jalan raya khususnya di Lebuhraya Muara-Belait.

2. MEMBEKAL DAN MEMASANG PAIP AIR BERSIH DARI KAMPUNG SUKANG KE KAMPUNG MELILAS, ULU BELAIT

Kontraktor: Syarikat Noor Laila Jaya (Enterprise) (B) Sendirian Berhad

Harga Kontrak: $589,551.00

Tempoh Projek: 24 bulan

Objektif Projek: Objektif utama projek ini adalah untuk membekal air bersih ke Kampong Melilas dan persekitarannya dan mempertingkatkan lagi ekonomi bagi kampong-kampong di kawasan tersebut dari segi pertanian dan sebagainya. Selain dari itu, projek ini akan membolehkan pembangunan di kawasan sepanjang jalan sehingga ke Ulu Belait dan sekaligus memastikan bekalan air bersih tidak terjejas ataupun terputus ke kawasan berkenaan.

6_Penandatanganan kontrak projek JKP, JKR.JPG

PENANDATANGAN Kontrak Kerja-Kerja Pemeliharaan Jalan Raya Berintegrasi di Lebuhraya Muara-Belait.

7_Penandatanganan kontrak projek JKP, JKR.JPG

PENANDATANGAN Kontrak Membekal dan Memasang Paip Air Bersih Dari Kampung Sukang ke Kampung Melilas, Ulu Belait.

Penandatanganan kontrak bagi projek-projek kendalian Jabatan Kerja Raya telah ditandatangani di antara Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Ir. Awang Haji Mohd Salleh bin Haji Abd Karim, dan disaksikan oleh Pemangku Pengarah Jalan Raya, Awang Rafitra bin Haji Abd Razak dan Pemangku Pengarah Perkhidmatan Bangunan, Ar. Dayang Hajah Sarbiah binti Haji Burut bersama dengan wakil-wakil kontraktor iaitu Pengarah D.H.H.B Contractor and Engineering Sendirian Berhad, Awang Haji Mohd Salleh bin Haji Mohd Noor, dan Pengarah Syarikat Noor Laila Jaya (Enterprise) (B) Sendirian Berhad, Pengiran Umar bin Pengiran Lela Utama Pengiran Haji Mohd. Said.

Majlis penandatanganan kontrak berkenaan disaksikan oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar selaku tetamu kehormat majlis.

8_Penandatanganan kontrak projek JKP, JKR.JPG

9_Penandatanganan kontrak projek JKP, JKR.JPG

10_Penandatanganan kontrak projek JKP, JKR.JPG

PENYAMPAIAN dokumen kontrak.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria dan Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub, Ketua-Ketua Jabatan serta Pegawai-Pegawai Kanan di Kementerian Pembangunan.

Attachments