Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Penyerahan dokumen Projek Pelan Induk Akademi Polis

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Jabatan Kerja Raya

2_Penyerahan dokumen Projek Pelan Induk Akademi Polis.JPG

YANG Berhormat Menteri Pembangunan menyerahkan Dokumen Pelan Induk Akademi Polis kepada Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan di majlis yang berlangsung di Dewan Atria Simpur, Jabatan Kerja Raya.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 4 Februari. – Projek Pelan Induk Akademi Polis adalah berkeperluan bagi membesarkan pusat pembelajaran asas dan berterusan bagi pegawai-pegawai dan anggota pangkat rendah Pasukan Polis Diraja Brunei.

Sehubungan itu, Majlis Penyerahan Dokumen Projek Pelan Induk Akademi Polis telah diadakan di Dewan Atria Simpur, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis ini ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Majlis dimulakan dengan taklimat ringkas mengenai Projek Pelan Induk Akademi Polis yang disampaikan oleh Pengarah Kemajuan, Jabatan Kerja Raya, Dayang Salfawatty binti Haji Mohd Salleh dan diikuti dengan tayangan video mengenai projek berkenaan.

Majlis kemudian diteruskan dengan penyerahan Dokumen Pelan Induk Akademi Polis yang diserahkan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan kepada Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei, Yang Mulia Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd Irwan bin Haji Hambali.

Sepakat Setia Perunding (B) Sdn Bhd telah dilantik sebagai konsultan bagi projek ini. Fasa awal projek ini telah memakan masa selama lima bulan dengan perbelanjaan sebanyak $230,000.00 untuk penyediaan pelan induk projek tersebut.

1_Penyerahan dokumen Projek Pelan Induk Akademi Polis.JPG

ANTARA yang hadir di majlis tersebut.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Setiausaha Tetap (Keselamatan, Penguatkuasaan dan Undang-Undang), Jabatan Perdana Menteri, Leftenan Kolonel (B) Pengiran Haji Muhamad Sazali bin Pengiran Haji Yakob; Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria; Timbalan Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei, Pengiran Dato Seri Pahlawan Haji Mohamad Jefri bin Pengiran Haji Abdul Hamid; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub; Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya; Ir. Awang Haji Mohd Salleh bin Haji Abd Karim; Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan serta pegawai-pegawai dan kakitangan di bawah Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan.

Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Kerja Raya.

Attachments