Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Ceramah khas sempena Maulidur Rasul

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Ceramah khas sempena Maulidur Rasul.jpg

YANG Berhormat Menteri Pembangunan hadir pada Majlis Ceramah Khas sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 10 November. – Dalam memperingati kelahiran Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, Kementerian Pembangunan hari ini mengadakan Majlis Ceramah Khas sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Majlis yang diadakan di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan itu dikendalikan bersama oleh Jabatan Saliran dan Pembetungan dan Jabatan Perkhidmatan Air, Jabatan Kerja Raya.

Hadir ke majlis ini ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, selaku tetamu kehormat.

Ceramah Khas bertajuk "Mengenal Rupa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan Keterampilannya" disampaikan oleh penceramah undangan dari Al-Minhaj Centre dan Da'ie Bertauliah, Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), Awang Abdul Rahman bin Haji Ajak.

2_Ceramah khas sempena Maulidur Rasul.jpg

CERAMAH Khas disampaikan oleh Awang Abdul Rahman bin Haji Ajak dari Al-Minhaj Centre dan Da'ie Bertauliah, Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB).

Setelah itu, majlis turut diserikan dengan persembahan Dikir Marhaban daripada Kumpulan Dikir Kementerian Pembangunan.

3_Ceramah khas sempena Maulidur Rasul.jpg

PERSEMBAHAN Dikir Marhaban daripada Kumpulan Dikir Kementerian Pembangunan.

4_Ceramah khas sempena Maulidur Rasul.jpg

5_Ceramah khas sempena Maulidur Rasul.jpg

ANTARA yang hadir ke majlis ini.

Turut hadir ke majlis ini ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional) Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang) Kementerian Pembangunan, Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd. Yaakub; Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Ir. Awang Haji Mohd. Salleh bin Haji Abd. Karim; pegawai-pegawai kanan; pegawai-pegawai serta kakitangan di Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Attachments