Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Penyampaian surat lantikan kepada 29 Jurutera profesional

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Penyampaian surat lantikan kepada 29 Jurutera profesional.jpg

SESI bergambar ramai di Majlis Penyampaian Surat Lantikan Supervising Civil Engineer (SCE) dan Delegated Engineer (DE) Bagi MOD/ICE Training Scheme.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 13 Ogos. – Dalam memberikan kemudahan kepada Jurutera-jurutera untuk memperoleh kelayakan profesional bertaraf Chartered Engineer yang diiktiraf, seramai 29 orang Jurutera profesional terdiri dari dua orang Jurutera menerima surat lantikan Supervising Civil Engineer (SCE) dan 27 orang Jurutera lagi menerima surat lantikan sebagai Delegated Engineer (DE) pada majlis yang diadakan di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

4_Penyampaian surat lantikan kepada 29 Jurutera profesional.jpg

TETAMU Kehormat Majlis semasa berucap di Majlis Penyampaian Surat Lantikan Supervising Civil Engineer (SCE) dan Delegated Engineer (DE) Bagi MOD/ICE Training Scheme.

3_Penyampaian surat lantikan kepada 29 Jurutera profesional.JPG

PENGERUSI Majlis, Setiausaha Tetap (Insfrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan semasa menyampaikan kata-kata aluan.

SCE berperanan untuk mengawal, menyelaras dan merancang perkembangan awal peserta skim latihan serta memastikan mereka menerima pemahaman, pengetahuan dan pengalaman yang diperlukan bagi Jurutera tersebut menduduki 'Chartered Professional Review'. Manakala, peranan DE adalah untuk membantu SCE dalam latihan dan pelajaran harian serta membimbing para Jurutera seperti yang diperlukan dalam Skim Latihan berkenaan.

7_Penyampaian surat lantikan kepada 29 Jurutera profesional.jpg

8_Penyampaian surat lantikan kepada 29 Jurutera profesional.jpg

6_Penyampaian surat lantikan kepada 29 Jurutera profesional.jpg

9_Penyampaian surat lantikan kepada 29 Jurutera profesional.jpg

TETAMU Kehormat Majlis semasa menyampaikan surat lantikan Supervising Civil Engineer (SCE) dan Delegated Engineer (DE) kepada beberapa orang Jurutera-jurutera profesional.

Pada majlis tersebut, sijil penghargaan turut diberikan kepada Dayang Lim Sui Kau Alice yang telah menjalankan tugas sebagai SCE sejak tahun 2012 dengan penuh dedikasi dalam membimbing Jurutera-jurutera muda untuk mendapatkan kelulusan professional mereka.

10_Penyampaian surat lantikan kepada 29 Jurutera profesional.jpg

TETAMU Kehormat Majlis menyampaikan sijil penghargaan kepada Dayang Lim Sui Kau Alice.

Sijil penghargaan juga diberikan kepada tiga orang Jurutera profesional yang berpengalaman yang turut memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada Jurutera-jurutera muda terutama sekali dalam menduduki Chartered Professional Review.

Turut hadir pada majlis ini ialah Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria selaku Pengerusi Majlis; Country Representative daripada Institution of Civil Engineers (ICE), United Kingdom, Ir. Awang Bahrin bin Haji Mohammad; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan, Awang Haji Arefin bin Jaya; dan Ketua-ketua Divisyen dan Unit di Kementerian Pembangunan.

Attachments