Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

11 Perjanjian Pelantikan Konsultan ditandatangani

11 Perjanjian Pelantikan Konsultan ditandatangani

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

5_11 Perjanjian Pelantikan Konsultan ditandatangani.JPG

SESI bergambar ramai Yang Berhormat Menteri Pembangunan bersama dengan konsultan-konsultan.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 9 Julai. – Sebanyak 11 lagi projek (Projek RKN 11) di bawah Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan dijangka bermula dengan pelantikan konsultan-konsultan masing-masing pada satu majlis menandatangani perjanjian perlantikan yang berlangsung di Dewan Simpur Atria, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyaksikan majlis penandatanganan dan seterusnya menyerahkan dokumen-dokumen ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Konsultan-konsultan yang dilantik berserta nama projek-projek yang telah ditandatangani adalah seperti berikut:

1. Konsultan: Peter Perunding Sdn. Bhd.
Nama Projek: Menaiktaraf Loji Rawatan Kumbahan Gadong Fasa 2, Pintu Malim dan Stesen-Stesen Pengepam Pembetungan

2. Konsultan: Bolton Hennessey Sdn. Bhd.
Nama Projek: Pembinaan Jejambat di Lebuhraya Muara-Tutong / Persimpangan Perumahan Kampong Lugu

3. Konsultan: Othman & Associates Consulting Engineers
Nama Projek: Menaiktaraf Loji Rawatan Agis-Agis, Daerah Belait

4. Konsultan: Othman & Associates Consulting Engineers
Nama Projek: Mengganti / Memindah Paip-Paip Utama Yang Lama Bagi Semua Daerah – Paip Utama Jalan Ban, Jalan Tutong, Daerah Brunei dan Muara

5. Konsultan: Jurutera Tempatan
Nama Projek: Mengganti / Memindah Paip-Paip Utama Yang Lama Bagi Semua Daerah – Paip Utama (inlet) ke Tangki Melabau, Daerah Brunei dan Muara

6. Konsultan: Arkitek Haza
Nama Projek: Pelan Induk Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)

7. Konsultan: Sepakat Setia Perunding (B) Sdn. Bhd.
Nama Projek: Pelan Induk Akademi Pasukan Polis

8. Konsultan: Arkitek Urusreka
Nama Projek: UTB Phase 4 – School of Applied Sciences and Mathematics

9. Konsultan: Adwan and Associates
Nama Projek: UTB Phase 4 – School of Applied Sciences and Mathematics

10. Konsultan: Sepakat Setia Perunding (B) Sdn. Bhd.
Nama Projek: UTB Phase 4 – School of Applied Sciences and Mathematics

11. Konsultan: Hanafi Konsaltan
Nama Projek: UTB Phase 4 – School of Applied Sciences and Mathematics

1_11 Perjanjian Pelantikan Konsultan ditandatangani.JPG

2_11 Perjanjian Pelantikan Konsultan ditandatangani.JPG

3_11 Perjanjian Pelantikan Konsultan ditandatangani.JPG

4_11 Perjanjian Pelantikan Konsultan ditandatangani.JPG

YANG Berhormat Menteri Pembangunan menyaksikan penandatanganan perlantikan konsultan.

Penandatanganan persetujuan perlantikan konsultan berkenaan telah ditandatangani oleh Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria dan wakil konsultan. Kesemua penandatanganan berkenaan disaksikan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan. Majlis diakhiri dengan penyerahan dokumen perlantikan konsultan.

Turut hadir di majlis ini ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dayang Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub; Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Ir. Dayang Lim Sui Kau Alice; Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan serta pegawai dan kakitangan di bawah Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan.

Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan.

Attachments