Oleh: Jabatan Kerja Raya
BANDAR SERI BEGAWAN, SABTU, 7
Mac. – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan
kepada orang ramai terutama sekali pengguna-pengguna jalan raya bahawa
kerja-kerja pengubahsuaian pusing keliling ke persimpangan empat berlampu isyarat
di persimpangan Jalan Kota Batu / Jalan Utama Mentiri telah siap dilaksanakan.
Oleh yang demikian, sistem lampu
isyarat di persimpangan berkenaan akan mula beroperasi pada Ahad, 8 Mac 2020
bermula pada jam 9.00 pagi.
Sehubungan dengan itu, JKR ingin
mengingatkan kepada pengguna-pengguna jalan raya supaya akan mengambil langkah
berhati-hati ketika melalui persimpangan berkenaan serta mematuhi papan-papan
tanda keselamatan dan lalu lintas yang telah dipasang di kawasan berkenaan demi
mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.
Sebarang aduan, orang ramai boleh
menghubungi pihak Jabatan tersebut melalui Talian Darussalam: 123, Facebook: Jabatan
Kerja Raya, Brunei Darussalam dan e-mel: pro@pwd.gov.bn.