Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Lebih 400 orang sertai Development Run 2020

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

2_Lebih 400 orang sertai Development Run 2020.JPG

YANG Berhormat Menteri Pembangunan semasa membuat pelepasan para peserta 'Competitive Race' 15 kilometer.

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 16 Februari. – Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Kementerian Pembangunan buat julung kalinya mengadakan larian 'Development Run 2020' sempena sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2019. Acara larian ini diadakan di Taman Mahkota Jubli Emas, Bandar Seri Begawan.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya melancarkan pelepasan para peserta larian ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Turut sama-sama hadir semasa acara tersebut ialah Yang Berhormat Menteri-menteri Kabinet iaitu Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong; Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Awang Mohammad Isham bin Haji Jaafar; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud; Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman; Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof; dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Acara larian dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang diketuai oleh Penolong Pegawai Projek Tingkat I, Divisyen Penyelarasan Polisi dan Perancangan Strategik, Kementerian Pembangunan, Awang Muhammad Khairul bin Jackariah.

1_Lebih 400 orang sertai Development Run 2020.JPG

SESI pemanasan badan sebelum pelepasan acara larian.

Kemudian, para peserta telah mengikuti sesi pemanasan badan dan diikuti dengan pelepasan para peserta 'Competitive Race' 15 kilometer yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan.

Manakala pelepasan bagi peserta 'Fun Race' 5 kilometer disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan, Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin. Menyusul selepas itu ialah pelepasan bagi peserta 'Fun Run' 2.5 kilometer yang turut disertai oleh Yang Berhormat Menteri-menteri Kabinet.

3_Lebih 400 orang sertai Development Run 2020.JPG

PELEPASAN bagi perserta 'Fun Run' 2.5 kilometer yang turut disertai oleh Yang Berhormat Menteri-menteri Kabinet.

Acara diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan.

4_Lebih 400 orang sertai Development Run 2020.JPG

YANG Berhormat Menteri Pembangunan bergambar ramai bersama para pemenang 'Competitive Race' 15 kilometer.

5_Lebih 400 orang sertai Development Run 2020.JPG

YANG Berhormat Menteri Pembangunan bergambar ramai bersama para pemenang 'Fun Race' 5 kilometer.

Acara ini merupakan anjuran bersama Badan Kebajikan dan Sukan, Jabatan Perancang Bandar dan Desa dengan pihak AKIF Media Marketing & Event Management.

Acara yang disertai oleh lebih 400 orang peserta dalam dan luar negara ini bertujuan untuk menjadikannya sebagai sebuah landasan dalam mewujudkan kolaborasi One Nation Approach di dalam menjana kehidupan sihat dan seimbang melalui persekitaran kemajuan yang kondusif, teratur dan berperancangan.

Selain daripada acara larian, aktiviti sampingan yang turut diadakan ialah pameran, permainan interaktif dan kuiz yang dikendalikan oleh beberapa buah jabatan di bawah Kementerian Pembangunan iaitu Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Ukur, Jabatan Tanah, Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Jabatan Perkhidmatan Air, dan Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi).

Juga hadir ialah Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) Kementerian Pembangunan, Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional) Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang) Kementerian Pembangunan, Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub; dan Ketua-ketua Jabatan dan Divisyen di Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya.

Attachments