Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Pembukaan lampu isyarat baharu di persimpangan Jalan Perdana Menteri / Jalan Stadium

Siaran Akhbar: Jabatan Kerja Raya

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 2 Januari. – Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan kepada orang ramai, terutama kepada para pengguna jalan raya mengenai pembukaan lampu isyarat baharu di persimpangan Jalan Perdana Menteri / Jalan Stadium.

Pembukaan lampu isyarat tersebut kepada orang ramai bermula Sabtu, 4 Januari 2020, jam 9.00 pagi.

Sehubungan itu, pihak jabatan ingin mengingatkan kepada para jalan raya, khususnya yang tinggal berhampiran di kawasan tersebut supaya akan sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan berkenaan, di samping mematuhi papan tanda jalan raya demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

Sebarang aduan, orang ramai bolehlah menghubungi pihak jabatan ini menerusi Talian Darussalam: 123 atau Livechat: +673 8333123, Facebook Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam dan e-mel ke pro@pwd.gov.bn.

Attachments