Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Penutupan dan pemindahan kaunter pembayaran bil air

Oleh: Siaran Akhbar Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan

BERAKAS, Selasa, 26 November. – Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan kepada orang ramai terutama penduduk Daerah Tutong bahawa kaunter pembayaran bil air yang terletak di Bangunan Pejabat Daerah Tutong akan ditutup dan berhenti menerima pembayaran mulai 27 November 2019 bersamaan 30 Rabiulawal 1441, hari Rabu.

Oleh yang demikian, pembayaran bil air bagi Daerah Tutong boleh dibuat di tempat seperti berikut:  Kaunter Pembayaran Jabatan Kerja Raya Cawangan Tutong, Kampung Serambangun, Pejabat-pejabat Pos dan Bank-bank (BIBD, Baiduri Bank dan Standard Chartered Bank Brunei).

Jabatan Kerja Raya ingin memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dihadapi.

Attachments