Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Isu pencemaran jerebu rentas sempadan dibincangkan

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Mohamad Azmi Awang Damit

2_Mesyuarat isu pencemaran jerebu rentas sempadan.jpg

PEMANGKU Pengarah JASTRe, Dayang Martinah binti Haji Tamit bersama ketua-ketua delegasi.

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 5 Ogos. – Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) menganjurkan Mesyuarat Ke-21 Kumpulan Kerja Teknikal mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan (21st TWG) diadakan pada 5 Ogos 2019 dan dipengerusikan oleh Pemangku Pengarah JASTRe, Dayang Martinah Haji Tamit.

Mesyuarat dihadiri oleh perwakilan-perwakilan yang bertanggungjawab ke atas alam sekitar serta kebakaran hutan dan lahan juga jerebu dari lima buah negara di rantau ASEAN selatan iaitu Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand berserta wakil-wakil daripada Sekretariat ASEAN, Pusat Khas Meteorologi ASEAN atau ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) dan pihak-pihak berkuasa kebangsaan termasuk Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kaji Cuaca, Jabatan Perhutanan dan Pusat Nadi Borneo.

Tujuan mesyuarat TWG diadakan ialah untuk mengkaji semula perkembangan terkini mengenai kerjasama serantau berhubung isu-isu berkaitan jerebu dalam menangani masalah jerebu rentas sempadan di rantau ini.

Semasa mesyuarat tersebut, negara-negara anggota ASEAN telah membincangkan antara lain ialah perkembangan terkini kegiatan kebangsaan dan serantau dalam pelaksanaan Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan (ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution - AATHP) dengan menumpukan kepada langkah-langkah pencegahan dan pengurangan serta tindakan yang diambil di peringkat negara dan serantau dalam menangani pencemaran jerebu merentas sempadan.

Mesyuarat juga menyatakan hasil kajian dan tinjauan terkini mengenai cuaca dan keadaan asap jerebu bagi rantau ASEAN daripada pihak ASMC (ASEAN Specialised Meteorological Centre - ASMC) iaitu Pusat Meteorologi Khas bagi negara-negara ASEAN. Seterusnya pihak Sekretariat ASEAN juga mengetengahkan usahasama dengan rakan kongsi antarabangsa terutama sekali dalam perlaksanaan program bagi Pengurusan Tanah Gambut.

1_Mesyuarat isu pencemaran jerebu rentas sempadan.jpg

PEMANGKU Pengarah JASTRe, Dayang Martinah binti Haji Tamit selaku Pengerusi bagi Mesyuarat Kumpulan Kerja Teknikal Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan Ke-21 (21st TWG) semasa menyampaikan ucapan pembukaan.

Di samping itu, perkembangan Peta Jalan mengenai Kerjasama ASEAN ke arah Kawalan Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan dengan Tatacara Pelaksanaan (Peta Jalan) turut dibincangkan yang mana ia merupakan rangka kerja strategik bagi pelaksanaan tindakan bersama untuk mengawal dan menyelesaikan masalah pencemaran jerebu merentas sempadan di rantau ASEAN untuk mencapai visi ASEAN Bebas Jerebu Merentas Sempadan menjelang 2020, di mana ia disampaikan oleh Sekretariat ASEAN.

Mesyuarat juga mempertengahkan kemajuan dalam aktiviti perlaksanaan Kajian Strategik Program dan Aktiviti Jawatankuasa Pandu Peringkat Menteri Sub Wilayah (MSC) yang meliputi: (i) Meningkatkan pengurusan kawalan jerebu melalui amaran awal / pemantauan dan pencegahan kebakaran serta penghapusan; (ii) Penghalusan Sistem Penarafan Bahaya Kebakaran (FDRS); (iii) Semakan Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk Pemantauan, Penilaian dan Tindak Balas Kecemasan Bersama di bawah Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan, di mana Tahap Amaran, Mata Pencetus dan Tindakan Pencegahan serta Penghapusan Kebakaran dimasukkan; (iv) Kerjasama dua hala sejajar dengan AATHP; dan (v) Pembinaan Kapasiti Negara anggota ASEAN di bawah Rangkaian Latihan Jerebu Serantau.

Mesyuarat itu juga berfungsi sebagai mesyuarat persiapan sebelum Mesyuarat ke-21 Jawatankuasa Pandu Peringkat Menteri Sub-Wilayah Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan (MSC) yang akan diadakan pada 6 Ogos 2019 di Hotel Rizqun International dan dihadiri oleh para menteri dan pegawai kanan yang relevan dengan isu Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan.

Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi.

Foto: Jabatan Penerangan.

Attachments