Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Timbalan Menteri Pembangunan dikurniakan Bintang Kebesaran

Oleh: Kementerian Pembangunan

 2_Timbalan Menteri Pembangunan dikurniakan Bintang Kebesaran.jpg

BERAKAS, Isnin, 15 Julai. – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam kepada 15 orang penerima sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-73 bagi Tahun 2019 di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman.

Antara penerimanya ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin yang dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Pertama (S.P.M.B) yang membawa gelaran 'Dato Seri Paduka'.

Seluruh warga Kementerian Pembangunan ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke di atas pengurniaan bintang tersebut.

Attachments