Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Notis penutupan bangunan rumah pangsa

Berita: Saerah Haji Abdul Ghani

1_Notis Penutupan Bangunan Rumah Pangsa.JPG

BANGUNAN Rumah Pangsa Beralamat Nombor 133, Block C, Jalan Kumbang Pasang yang didapati condong.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 11 Jun. – Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi) memaklumkan kepada orang ramai bahawa sebuah bangunan rumah pangsa Nombor 133, Block C, Jalan Kumbang Pasang telah didapati tidak selamat untuk didiami merujuk laporan dan pemeriksaan teknikal yang mana bangunan tersebut didapati condong.

Untuk makluman, pihak ABCi dan Pasukan Polis Diraja Brunei sedang bekerjasama dengan pemilik bangunan bagi sama-sama memantau kawasan bangunan rumah pangsa berkenaan bagi memastikan tidak ada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

2_Notis Penutupan Bangunan Rumah Pangsa.JPG

JURUUKUR BAHAN, ABCi, Awang Haji Ismail bin Haji Hamdan semasa ditemui.

Sementara itu, Juruukur Bahan, ABCi, Kementerian Pembangunan, Awang Haji Ismail bin Haji Hamdan ketika ditemui berkata, bangunan rumah pangsa lima tingkat itu mengandungi 10 unit dan sembilan unit daripadanya didiami oleh penghuni.

Menurutnya, pihak ABCi telah mengarahkan penghuni-penghuni mengosongkan kediaman mereka sejak 3 Jun lalu setelah pihak-pihak tertentu mendapati kecondongan bangunan tersebut pada 26 Mei lalu.

Jelasnya lagi, bangunan berusia lebih 35 tahun itu akan dirobohkan dan pihak konsultan diarahkan untuk menghadapkan metrologi dan prosedur untuk merobohkan kepada pihak ABCi secepat mungkin.

Untuk keselamatan orang ramai adalah dinasihatkan supaya tidak menghampiri kawasan dan sekitar bangunan berkenaan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Penguatkuasaan, ABCi, Kementerian Pembangunan melalui talian +673 2380429, mesej / WhatsApp Hotline +6738140365 atau melalui e-mel 'abci.customerservice@mod.gov.bn'.

Sumber: Pelita Brunei.

Foto: Kementerian Pembangunan.

Attachments