Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Pemasangan gelang kekotak terakhir selesai dilaksanakan

Siaran Akhbar dan Foto: Kementerian Pembangunan

1_Pemasangan gelang kekotak terakhir selesai dilaksanakan.JPG

HADIR bagi menyaksikan pemasangan gelang kekotak atau box girder terakhir ini ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar dan Timbalan Menteri Pembangunan, Kementerian Pembangunan, Yang Mulia Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 28 Februari. – Projek pembinaan Jambatan Temburong hari ini mencatatkan satu lagi pencapaian penting di mana pemasangan gelang kekotak (box girder) ke-578 dan terakhir bagi pembinaan Jambatan Marin di bawah pakej CC2 telah sempurna dilaksanakan pada petang tadi.

Hadir bagi menyaksikan pemasangan gelang kekotak atau box girder terakhir ini ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar dan Timbalan Menteri Pembangunan, Kementerian Pembangunan, Yang Mulia Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin serta Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Korea ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Yoon Hyun-bong.

Kontrak Pakej CC2-Jambatan Marin ini adalah di bawah pengendalian Syarikat pembinaan usaha sama Daelim-Swee. Ia mula dibina pada 25 Februari 2015 dan mengambil tempoh 48 bulan untuk selesai dilaksanakan.

Pemasangan gelang kekotak yang terakhir tersebut telah melengkapkan pembinaan Jambatan Marin yang berukuran 13.35 kilometer yang mana adalah sebahagian besar daripada Projek pembinaan Jambatan Temburong.

2_Pemasangan gelang kekotak terakhir selesai dilaksanakan.JPG

PROJEK pembinaan Jambatan Temburong hari ini mencatatkan satu lagi pencapaian penting di mana pemasangan gelang kekotak (box girder) ke-578 dan terakhir bagi pembinaan Jambatan Marin di bawah pakej CC2.

Pemasangan tersebut juga menandakan bahawa Jambatan Marin tersebut kini telah dihubungkan dengan Pakej CC4 iaitu pembinaan sebahagian daripada Jambatan di Daerah Temburong.

3_Pemasangan gelang kekotak terakhir selesai dilaksanakan.JPG

SESI bergambar ramai.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments