Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Kementerian Pembangunan kekal juara perbarisan Maulud Nabi

Berita dan Foto: Kementerian Pembangunan

1_Kementerian Pembangunan kekal juara perbarisan Maulud Nabi.jpg

MENTERI Hal Ehwal Ugama menyampaikan hadiah kepada Juara Kategori Kementerian dan Jabatan Kerajaan iaitu Kementerian Pembangunan.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 29 November. – Kementerian Pembangunan berjaya mengekalkan prestasi kejuaraannya setelah diumumkan sebagai juara Pertandingan Perhimpunan dan Perarakan Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Peringkat Negara Tahun 1440 Hijrah bagi Kategori Kementerian dan Jabatan Kerajaan.

Hadir menyempurnakan penyampaian hadiah pada majlis tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, yang juga selaku tetamu kehormat majlis.

Juara bagi kategori tersebut menerima hadiah wang tunai berjumlah BND3,500, piala iringan dan sijil penyertaan.

Hadir menerima hadiah mewakili Kementerian Pembangunan ialah Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, Kementerian Pembangunan, Awang Haji Mohammad Kassim bin Haji Ya'akub.

Dengan kemenangan pada kali ini, Kementerian Pembangunan menjadi johan bagi Kategori Kementerian dan Jabatan Kerajaan sebanyak sembilan kali berturut-turut.

Attachments