Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Jabatan Ukur johan Pertandingan Dikir Syarafil Anam

Berita: Hernie Suliana binti Haji Othman | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Jabatan Ukur johan Pertandingan Dikir Syarafil Anam.JPG

HADIR menyaksikan Pertandingan Dikir Syarafil Anam bagi Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 29 November. – Pasukan Dikir lelaki dan perempuan Jabatan Ukur masing-masing muncul johan pada Pertandingan Dikir Syarafil Anam bagi Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Pertandingan berlangsung di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan yang dikelolakan oleh Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul Sallallahu Alaihi Wasallam Tahun 1440 Hijrah.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Sebanyak 17 buah pasukan menyertai peringkat saringan sebelum mempertandingkan 10 pasukan pada peringkat akhir terdiri daripada lima pasukan lelaki dan lima pasukan perempuan.

2_Jabatan Ukur johan Pertandingan Dikir Syarafil Anam.JPG

3_Jabatan Ukur johan Pertandingan Dikir Syarafil Anam.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar menyampaikan hadiah kepada Pasukan Jabatan Ukur (Kategori Lelaki dan Perempuan) yang memenangi Pertandingan Dikir Syarafil Anam bagi Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Tempat kedua disandang oleh pasukan lelaki Jabatan Perkhidmatan Air dan Kementerian Pembangunan di tempat ketiga, manakala pasukan perempuan Jabatan Tanah dan Jabatan Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal masing-masing menyandang naib johan dan tempat ketiga.

Majlis terdahulu dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Majlis, Pemangku Pengarah JASTRe, Awang Aliman bin Haji Ahmad.

Bagi menyerikan majlis, satu ceramah khas bertajuk Tarbiyah Rasulullah Membawa Rahmat Dalam Berkeluarga disampaikan oleh Pengiran Haji Hafizuddin bin Pengiran Haji Bakar.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Dayang Alice Lim Sui Kau; Pengarah-pengarah; Timbalan-timbalan Pengarah; Ketua-ketua Divisyen/Unit; pegawai-pegawai kanan serta pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments