Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Pemasangan palang had ketinggian di Jalan Serasa

Siaran Akhbar dan Peta: Ihsan Jabatan Kerja Raya

1_Pemasangan palang di Jalan Serasa.jpg

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 8 Oktober. – Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya melalui Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan  memaklumkan kepada pengusaha-pengusaha barang binaan di sepanjang Jalan Serasa bahawa pemasangan palang had ketinggian 2.5m di Jalan Serasa berdekatan dengan simpang menuju Jalan Perusahaan Serasa akan dilaksanakan pada 15 Oktober 2018.

Pemasangan palang di kawasan berkenaan bertujuan untuk mengurangkan jumlah kenderaan berat melalui Jalan Serasa yang akan dilencongkan ke Jalan Perusahaan.

Menurut pemantauan agensi penguatkuasaan yang berkenaan ke atas kenderaan-kenderaan berat yang menggunakan Jalan Serasa, peningkatan jumlah kenderaan-kenderaan berat didapati tidak mengikuti had berat muatan yang ditetapkan. Langkah bagi pemasangan palang had ketinggian ini diharapkan akan dapat mengurangkan kekerapan kerosakan ke atas jalan tersebut, sebelum bermulanya menaiktaraf Jalan Serasa yang dijangka akan bermula pada penghujung tahun ini.

Sehubungan itu, JKR mengingatkan kepada pengguna-pengguna jentera berat supaya akan dapat menggunakan jalan alternatif, iaitu melalui Jalan Perusahaan Serasa dan palang had ketinggian akan dipasang pada persimpangan ke Jalan Serasa bagi mengurangkan jumlah kenderaan-kenderaan berat yang melalui jalan tersebut.

JKR juga menasihatkan para pengusaha agar sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut, di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas serta menggunakan had keberatan yang dibenarkan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

Sebarang aduan, orang ramai bolehlah menghubungi pihak jabatan berkenaan melalui Talian Darussalam 123/Livechat +673 8333123, Facebook: Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam dan Email: 'pro@pwd.gov.bn'.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments