Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Majlis Doa Selamat bagi bakal jemaah haji

​Berita dan Foto: Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi

hajimod2017_1.jpg

PARA bakal jemaah haji Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya dalam sesi bergambar ramai bersama Timbalan Menteri Pembangunan, Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

BERAKAS, Selasa, 1 Ogos. - Seramai 36 orang warga Kementerian Pembangunan akan berangkat ke tanah suci bagi menunaikan rukun Islam kelima di musim haji pada tahun ini.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Pembangunan telah mengadakan Majlis Doa Selamat bagi para bakal haji yang diadakan di Dewan Betabur, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Majlis juga diserikan dengan ceramah khas bertajuk 'Seruan Iman: Jejak Hamba-Mu ke Tanah Suci' yang disampaikan oleh penceramah undangan dari Pusat Da'wah Islamiah, Ustaz Dr. Andus Haji Ismuhadi bin Haji Abdullah.

hajimod2017_2.jpg

CERAMAH khas bertajuk 'Seruan Iman: Jejak Hamba-Mu ke Tanah Suci' yang disampaikan oleh penceramah undangan dari Pusat Da'wah Islamiah, Ustaz Dr. Andus Haji Ismuhadi bin Haji Abdullah.

Pada majlis tersebut turut menyaksikan penyampaian sumbangan kepada bakal jemaah haji yang hadir daripada warga kementerian tersebut yang disempurnakan oleh tetamu kehormat.

hajimod2017_3.jpg

PENYERAHAN sumbangan bagi bakal-bakal jemaah haji disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan, Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Sebelum majlis berakhir dan bagi memohon kesejahteraan dan keselamatan para bakal jemaah haji serta dimudahkan segala urusan dan kembali ke tanah air dengan mendapat haji yang mabrur, bacaan Doa Selamat dibacakan oleh Ustaz Dr. Andus Haji Ismuhadi bin Haji Abdullah.

hajimod2017_4.jpg

hajimod2017_5.jpg

SEBAHAGIAN daripada bakal haji Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments