Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Akses status permohonan OneBiz

Oleh: Kementerian Pembangunan | Grafik: Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi)

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 20 Julai. - Sebagai usaha lanjut pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk memudahkan orang awam yang mempunyai permohonan berkaitan dengan kemajuan untuk mendapatkan status permohonan kemajuan, orang awam bolehlah mengikuti tatacara berikut:

1. Layari laman sesawang OneBiz di https://onebiz.business.gov.bn;

2. Sila taip nombor rujukan OneBiz yang dihantar melalui pesanan ringkas (SMS) seperti N-2017-00XXXX dan klik "Search";

3. Status permohonan akan tertera di laman sesawang tersebut.

Tatacara ini boleh digunapakai bagi permohonan yang berkaitan dengan kemajuan seperti berikut:

1. Kebenaran Kemajuan

2. Kebenaran Memulakan Kerja-Kerja Kemajuan (Borang C)

3. Kebenaran Kesiapan Kemajuan (Occupational Permit, OP)

OneBiz (Malay).jpg

Attachments