Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Kejohanan Bola Sepak Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya

Siaran Akhbar dan Foto: Kementerian Pembangunan

1_bolasepak_o.jpg

TIMBALAN Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar diperkenalkan kepada pasukan-pasukan yang menyertai kejohanan tersebut.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 11 April. – Jabatan Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Kerja Raya (JKR) berjaya menewaskan Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRE) 6-3 pada perlawanan pembukaan Kejohanan Bola Sepak Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya bagi Tahun 2017 yang berlangsung di Kompleks Sukan, Padang dan Balapan, JKR.

Pada babak separuh masa pertama, Jabatan Perkhidmatan Teknikal mendahului JASTRE dengan jaringan 5-1.

Hadir selaku tetamu kehormat pada pembukaan kejohanan tersebut ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

2_bolasepak.jpg

TIMBALAN Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar semasa menyaksikan perlawanan di antara Jabatan Perkhidmatan Teknikal menentang Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRE).

Kejohanan kali ini, yang bermula pada 11 April 2017 akan berlangsung sehingga 24 Mei 2017, dikelolakan besama oleh Jabatan Perkhidmatan Teknikal dan Jabatan Kemajuan, JKR, telah disertai oleh 12 buah pasukan yang dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A yang terdiri daripada Jabatan Perkhidmatan Teknikal, JKR; Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi; Jabatan Saliran dan Pembetungan, JKR; Jabatan Ukur; Jabatan Perkhidmatan Bangunan, JKR; dan gabungan Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya dan Jabatan Pentadbiran dan Kewangan, JKR.

Manakala Kumpulan B terdiri daripada Jabatan Perkhidmatan Air, JKR; Jabatan Tanah; Jabatan Kerja Raya Kuala Belait; Kementerian Pembangunan; Jabatan Kemajuan Perumahan; Jabatan Mekanikal dan Elektrikal, JKR.

3_bolasepak.jpg

ANTARA aksi perlawanan di antara Jabatan Perkhidmatan Teknikal menentang Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRE). (Gambar atas dan bawah)

4_bolasepak.jpg

Adapun objektif kejohanan ini adalah untuk mengeratkan silaturahim di antara para pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.

Melalui kejohanan ini juga akan dapat membudayakan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan serta mencungkil bakat baharu yang dapat diketengahkan bagi kejohanan bola sepak di peringakat jabatan dan kementerian.

Sumber: Pelita Brunei.

BOLA SEPAK 2017.jpg

Attachments