Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Kementerian Pembangunan Johan Kategori Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan

Oleh: Pelita Brunei | Foto: Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin

4_xl.jpg

MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman (kiri) selaku tetamu kehormat menyampaikan hadiah kepada Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, Pengiran Kamis bin Pengiran Metamin selaku wakil Kementerian Pembangunan, yang merupakan juara Kategori Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan bagi Pertandingan Perhimpunan, Perarakan dan Perbarisan Maulud Nabi Tahun 1438 Hijrah.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 25 Januari. - Kementerian Pembangunan muncul juara bagi Kategori Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan pada Pertandingan Perhimpunan, Perarakan dan Perbarisan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Peringkat Negara tahun ini dengan membawa pulang wang tunai sebanyak BND4,000.

Hadir menerima hadiah selaku wakil Kementerian Pembangunan ialah Pengiran Kamis bin Pengiran Metamin, Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, Divisyen Pengurusan Korporat.

Hadiah-hadiah kepada para pemenang telah disampaikan pada Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Perhimpunan, Perarakan dan Perbarisan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Peringkat Negara bagi Tahun 1438 Hijrah yang dikendalikan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), bertempat di Dewan Multaqa, Bangunan Tambahan, KHEU.

Ia disampaikan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman selaku tetamu kehormat.

Perbarisan dan Perarakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Peringkat Negara bagi Tahun 1438 Hijrah / 2016 Masihi yang lalu bertemakan 'Berwawasan yang Berkat dengan Bercontoh kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam'.

Disesuaikan dari Pelita Brunei.

Attachments