Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Memperingati Hari Habitat Sedunia 2025

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Jabatan Kemajuan Perumahan

1_Memperingati Hari Habitat Sedunia 2025.jpeg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid hadir selaku tetamu kehormat di Majlis Doa Kesyukuran sempena Memperingati Hari Habitat Sedunia 2025.

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 6 Oktober. – Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan memperingati Hari Habitat Sedunia tahun ini dengan mengadakan Majlis Doa Kesyukuran, hari ini. Majlis diadakan di Surau Jabatan Kemajuan Perumahan, di Ibu Pejabat Jabatan Kemajuan Perumahan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Asar Berjemaah dan kemudiannya diikuti dengan bacaan Selawat Tafrijiyyah serta Doa Kesyukuran dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

Hari Habitat Sedunia disambut pada Hari Isnin pertama bulan Oktober setiap tahun yang mana tema yang dipilih oleh Program Penempatan Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun ini ialah “Urban Crisis Response".

2_Memperingati Hari Habitat Sedunia 2025.jpeg5_Memperingati Hari Habitat Sedunia 2025.jpg

ANTARA yang turut hadir.

Turut hadir di Majlis yang diadakan ialah Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan; Ketua-Ketua Jabatan; Pegawai-Pegawai Kanan dan Pegawai serta Kakitangan Kementerian Pembangunan.

Sumber: Laman sesawang Jabatan Kemajuan Perumahan.

Attachments