Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Operasi Kemas (OPKEMAS)

Oleh: Jabatan Perancang Bandar dan Desa | Foto: Jabatan Perancang Bandar dan Desa

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 03 September - ​Dari 7 buah syarikat dan 3 orang individu yang telah diberikan amaran, 1 buah syarikat telah dikenakan denda kompaun kerana tidak mematuhi amaran pihak yang berkuasa dan telah melanggar Peraturan – Peraturan Perancangan Bandar dan Desa [Komposisi Kesalahan], 2018 iaitu meletakkan, menggunakan, menghalang, mempamerkan barang-barang di kawasan letak kenderaan bagi salah satu premis perniagaan di Mukim Berakas.

opkemas Ogos 05-2025.jpeg

MELETAKKAN, menggunakan, menghalang, mempamerkan barang-barang di kawasan letak kenderaan merupakan satu kesalahan yang boleh dikenakan denda kompaun.

Selain dari mengubah penggunaan dan mengurangkan jumlah petak letak kenderaan bagi premis perniagaan berkenaan, kegiatan seperti ini juga telah menjejaskan nilai aestetik dan kecantikan kawasan-kawasan. Kesalahan tersebut telah dikenalpasti semasa operasi Kemas (OPKEMAS) yang dijalankan oleh pihak Autoriti Perancang, Jabatan Perancang Bandar dan Desa di Daerah Brunei-Muara pada 30 Ogos 2025. 

Untuk makluman orang ramai, denda bagi setiap satu kesalahan adalah sejumlah wang tidak melebihi $500.00 dan diberikan tempoh tujuh (7) hari dari tarikh kompaun dikeluarkan untuk menjelaskan denda-denda tersebut. 

Pihak Autoriti Perancang melalui Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Kementerian Pembangunan mengingatkan orang ramai khususnya syarikat dan pemilik-pemilik bangunan perniagaan dan industri untuk sama-sama sentiasa mematuhi undang-undang perancangan bagi memastikan keindahan, kebersihan serta keselamatan kawasan perniagaan di Negara ini untuk sentiasa di jaga. 

Sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline Jabatan Perancang Bandar dan Desa di talian 8200222.

Attachments