Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Pembarigaan Perintah Kanun Tanah (Pindaan) 2025 bersama pengamal undang-undang

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Pembarigaan Perintah Kanun Tanah (Pindaan) 2025 bersama pengamal undang-undang.jpeg

TIMBALAN Setiausaha Tetap (Korporat Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh menyampaikan taklimat semasa pembarigaan Perintah Kanun Tanah (Pindaan) 2025 bersama pengamal undang-undang swasta.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 17 Julai. – Seramai lebih kurang 50 pengamal undang-undang swasta telah menghadiri taklimat pembarigaan Perintah Kanun Tanah (Pindaan) 2025 yang diadakan di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan, hari ini.

Sesi taklimat ini bertujuan untuk memberikan penjelasan lanjut mengenai perlaksanaan dan implikasi Perintah Kanun Tanah (Pindaan) 2025, serta meningkatkan kefahaman dalam kalangan pengamal undang-undang terhadap pindaan yang telah diperkenalkan.

2_Pembarigaan Perintah Kanun Tanah (Pindaan) 2025 bersama pengamal undang-undang.jpeg3_Pembarigaan Perintah Kanun Tanah (Pindaan) 2025 bersama pengamal undang-undang.jpeg

ANTARA pengamal undang-undang swasta yang hadir.

Taklimat disampaikan oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh; Pemangku Ketua Divisyen Guna Tanah, Perumahan dan Alam Sekitar, Kementerian Pembangunan, Dayang Nuruljannah binti Haji Alim; dan Pegawai Tanah Kanan daripada Jabatan Tanah, Dayang Amal Hayati binti Haji Junaidi.

4_Pembarigaan Perintah Kanun Tanah (Pindaan) 2025 bersama pengamal undang-undang.jpeg

TURUT diadakan sesi soal jawab.

Pada akhir taklimat tersebut, para pengamal undang-undang berpeluang berinteraksi dengan pihak Kementerian, di mana pelbagai isu berkaitan telah dibincangkan dan diketengahkan dengan tujuan untuk memperkukuh tadbir urus tanah secara menyeluruh.

Turut hadir semasa taklimat tersebut adalah Ahli-ahli Jawatankuasa Unit LCAO 2025 dan pegawai-pegawai daripada Jabatan Tanah.

5_Pembarigaan Perintah Kanun Tanah (Pindaan) 2025 bersama pengamal undang-undang-1.jpeg

SESI bergambar ramai.

Attachments