Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

​Perintah Kanun Tanah (Pindaan) 2025

Perintah Kanun Tanah (Pindaan) 2025 (insert).jpeg

19 Muharram 1447 / 15 Julai 2025​

1. Pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kementerian Pembangunan dengan ini memaklumkan mengenai Perintah Kanun Tanah (Pindaan), 2025 [Land Code (Amendment) Order 'LCAO' 2025] untuk mula berkuatkuasa pada 1hb Ogos 2025 yang akan menambahbaik dan memudahkan proses pemilikan tanah bagi rakyat dan beberapa kategori penduduk di Negara Brunei Darussalam termasuk mereka yang berstatus stateless.

2. Pindaan ini antara lain membolehkan Penduduk Tetap Tanpa Kewarganegaraan (golongan stateless) untuk memiliki satu lot tanah berpegangan kekal bagi tujuan rumah kediaman samada melalui pindah milik, pembelian atau pengambil-alihan tanah. Manakala, pegangan kepentingan tanah kekal selainnya hanya dibolehkan secara pajakan di mana tempoh pajakan adalah menurut garispandu yang dikeluarkan oleh Menteri Pembangunan dibawah Seksyen 3F Kanun Tanah.

3. Selain itu, LCAO2025 juga memperuntukkan pegangan tanah bagi Orang Bukan Rakyat Brunei (OBRB) dan diringkaskan seperti berikut:

​a)​
Seksyen 3A memperuntukkan bagi OBRB untuk memegang kepentingan tanah di Negara Brunei Darussalam melalui gadaian, pajakan dan anak-pajakan sahaja, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu da​n kebenaran pihak berkuasa.
​b)
Seksyen 3B memperuntukkan bagi OBRB yang memegang kepentingan tanah berpegangan kekal melalui penggunaan Surat Kuasa (Power of Attorney), Surat Ikatan Amanah (Trust Deed), atau dokumen lain yang diperakui, adalah dikehendaki untuk mengisytiharkan kepentingan mereka kepada Pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Tanah. Setelah mendapat kebenaran, tanah berpegangan kekal akan ditukar kepada pegangan pajakan mengikut tempoh yang ditetapkan sepertimana Seksyen 3F. Pengisytiharan ini juga hendaklah dibuat dalam tempoh dua belas (12) bulan dari tarikh Perintah ini dikuatkuasakan. Jika tidak diisytiharkan dalam tempoh tersebut makanya mana-mana tuntutan atau kepentingan tanah adalah terbatal dan tidak sah. Akibatnya, dokumen hak milik tanah akan kekal berdaftar atas nama pemilik tanah asal.
​c)
Seksyen 3C membenarkan OBRB mewarisi tanah berpegangan kekal. Walau bagaimanapun tuntutan hendaklah dihadapkan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kematian pemilik tanah. Disamping itu, tanah berpegangan kekal berkenaan mesti dijual kepada Rakyat Brunei dalam tempoh 10 tahun dari tarikh kematian pemilik tanah. Jika tidak dilaksanakan, pegangan tanah kekal akan ditukar kepada pajakan mengikut tempoh yang ditetapkan mengikut garis pandu di bawah Seksyen 3F. Manakala, jika OBRB mewarisi tanah berpegangan pajakan, hanya baki tempoh pajakan tanah akan didaftarkan.
​d)​
Seksyen 3D adalah berkenaan dengan pemilikan tanah oleh golongan Stateless yang dihuraikan diatas.
​e)
Seksyen 3E menjelaskan bahawa Bekas Rakyat Brunei dan Bekas Penduduk Tetap adalah dikehendaki untuk menjual tanah pegangan kekal mereka kepada Rakyat Brunei dalam tempoh sepuluh (10) tahun selepas mereka melepaskan atau dibatalkan status kewarganegaraan atau penduduk tetap tersebut. Sekiranya gagal, tanah tersebut akan ditukar kepada pegangan pajakan mengikut tempoh yang ditetapkan.
​f)​
Seksyen 3F membenarkan Menteri, untuk mengeluarkan garis panduan, dengan kebenaran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan dalam Majlis Mesyuarat, berhubung dengan tempoh maksima pajakan yang dibenarkan, tertakluk kepada tujuan pembelian atau pemilikan. Garis Panduan ini menetapkan tempoh maksima pajakan yang dibenarkan bagi pembangunan rumah kedai dan pembangunan Perindustrian adalah sehingga 30 tahun, manakala tempoh maksima pajakan yang dibenarkan bagi pembangunan rumah kediaman dan pembangunan komersial/bersepadu adalah sehingga 60 tahun.
​g)
Seksyen 32A pula menjelaskan bahawa Rakyat Brunei adalah dilarang daripada membeli atau memperoleh mana-mana tanah sebagai penama (nominee) untuk OBRB ataupun Penduduk Tetap Tanpa Kewarganegaraan. Sebarang dokumen atau instrumen amanah yang wujud bagi maksud tersebut adalah terbatal dan tidak sah.

4. Tujuan pindaan ini adalah untuk memberi penjelasan dan ketelusan undang- undang berkaitan pegangan tanah oleh Orang Bukan Rakyat Brunei (OBRB) dan juga penduduk tetap yang tidak memegang kerakyatan negara lain (golongan stateless). Antara objektif utama pindaan ini adalah agar maklumat pendaftaran pemilikan tanah di Negara Brunei Darussalam dapat diperbetulkan, memastikan ianya tepat dan mencerminkan hakikat sebenar pemilikan tanah oleh orang Rakyat Brunei, orang bukan rakyat dan golongan stateless. Pelaksanaan pindaan ini akan meningkatkan lagi tahap urus tadbir tanah, memperkukuhkan dasar pemilikan tanah serta menggalakkan pembangunan hartanah yang lebih tersusun dan progresif di Negara Brunei Darussalam.

5. Pindaan-pindaan ini telah dibuat berikutan beberapa siri dialog dengan pihak-pihak berkepentingan yang berkaitan, termasuk Jabatan Peguam Negara dan Persatuan Peguam Brunei Darussalam (Law Society of Brunei Darussalam), bagi mendapatkan pandangan, ulasan dan maklum balas yang konstruktif mengenai aplikasi dan keberkesanannya.

6. Bagi sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini, orang ramai bolehlah berhubung dengan Unit LCAO di Jabatan Tanah melalui talian 2381181 ataupun menghantarkan emel ke info.land@land.gov.bn.



Land Code (Amendment) Order 2025

19 Muharram 1447 / 15 July 2025

1. In accordance with the royal command of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, the Ministry of Development informs of the Land Code (Amendment) Order 2025 [LCAO 2025] that will come into effect on 01 August 2025 which will improve and facilitate the land ownership process for citizens and several categories of residents in Brunei Darussalam, including those who are stateless.

2. The amendment, amongst others, allows for Stateless Permanent Residents to own a single lot of freehold land exclusively for their own residential use by way of transfer, purchase or acquisition. Whereas, any other freehold land interests can only be held by them by lease whereby the lease period will be in accordance with the guidelines issued by the Minister of Development under Section 3F of the Land Code.

3. In addition, LCAO 2025 also provides for the holding of land by Non-Bruneian Citizens summarized as follows:

​a)​
Section 3A allows Non-Brunei Citizens to hold land interests in Brunei Darussalam only through charge, lease and sub-lease subject to specific conditions and approval from the relevant authorities.
​b)
Section 3B provides that Non-Brunei Citizens who currently hold freehold land interests through Power of Attorney, Trust Deeds, or other certified documents must declare their interests to the officer in charge of the Land Office. Upon receiving approval, the freehold land will be converted to leasehold land for a specific period as outlined in Section 3F. This declaration must be made within twelve (12) months from the date the Order comes into effect. Should no declaration be made within the stated period, any claims or interest in the land shall be null and void and the land title will remain in the original landowner's name.
​c)
Section 3C allows Non-Brunei Citizens to inherit freehold land. However, any such claim must be submitted within 12 months of the landowner's death. Furthermore, the inherited freehold land must be sold to a Brunei Citizen within 10 years from the date of the landowner's death. Should this condition not be met, the freehold will automatically convert to a leasehold for the period set forth in the guidelines under Section 3F. Conversely, if a non-Brunei citizen inherits leasehold land, only the remaining lease period will be registered.
​d)​
Section 3D is related to land ownership by the Stateless Permanent Resident as explained above.
​e)
Section 3E stipulates that former Brunei Citizens and Permanent Residents must sell their freehold land to a Brunei Citizen within ten (10) years of relinquishing or having their citizenship or permanent resident status revoked or cancelled. Failure to do so will result in the land being converted to a leasehold in accordance with the stated period.
​f)​
Section 3F allows for the Minister, with the approval of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan in Council to issue guidelines in relation to the maximum period of lease that is permitted in respect of the purposes for the purchase or acquisition of the land. The Guidelines provide that Shophouses and Industrial properties have a maximum allowable period of up to 30 years, while the maximum period of lease permitted for residential as well as commercial/mixed-use developments is up to 60 years.
​g)
Section 32A prohibits Brunei Citizens from purchasing or acquiring property as a nominee of Non-Bruneian Citizens or Stateless Permanent Residents. Any document or instrument creating such trust for such purpose shall be deemed null and void.

4. The purpose of this amendment is to provide clarification and transparency of the law relating to land holding or land ownership by non-citizens and stateless permanent residents. Among the main objectives of this amendment is to ensure that land ownership registration information in Brunei Darussalam can be corrected, ensuring that it is accurate and reflects the true nature of land ownership by Brunei citizens, non-citizens or stateless persons. The implementation of this amendment will further improve the level of land governance, strengthen land ownership policies and promote more structured and progressive property development in Brunei Darussalam.

5. These amendments were made following a series of dialogues with relevant stakeholders, including the Attorney General's Chambers and the Law Society of Brunei Darussalam, in order to obtain views, comments and constructive feedback on its application and effectiveness.

6. For any further inquiries, the public can contact the LCAO Unit at the Land Department by calling 2381181 or sending an email to info.land@land.gov.bn.​

Attachments