Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Majlis ibadah korban 1446 Hijrah

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Jabatan Kemajuan Perumahan

1_Majlis ibadah korban 1446 Hijrah.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid hadir selaku tetamu kehormat di Majlis Ibadah Korban Kementerian Pembangunan Tahun 1446 Hijrah kelolaan Jabatan Kemajuan Perumahan.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 10 Jun. – Ibadah korban merupakan sunat muakkad yang sangat digalakkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Dari segi istilah korban, ia bermaksud menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada setiap 10 Zulhijjah dan Hari-Hari Tasyrik, iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah, bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Kementerian Pembangunan turut sama meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini dengan mengadakan Majlis Ibadah Korban yang dikelolakan oleh Jabatan Kemajuan Perumahan. Majlis berkenaan berlangsung di Dewan Betabur, Bangunan Kementerian Pembangunan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh; Timbalan Setiausaha Tetap (Infrastuktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar; Ketua-Ketua Jabatan serta pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan dibawahnya.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dikepalai oleh Pegawai Kemajuan Perumahan Kanan, Awang Mohamad Azizul Rahman bin Saban, diikuti dengan sebuah ceramah khas bertajuk “Di Sebalik Darah Yang Mengalir" yang disampaikan oleh penceramah undangan dari Pusat Da'wah Islamiah, Ustaz Awang Ahmad Muzhafar bin Haji Marsidi.

2_Majlis ibadah korban 1446 Hijrah.JPG

CERAMAH khas sempena Aidiladha disampaikan oleh penceramah undangan dari Pusat Da'wah Islamiah, Ustaz Awang Ahmad Muzhafar bin Haji Marsidi.

Kemuncak majlis ialah pengagihan daging-daging korban yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis dan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan kepada 60 orang warga Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan dibawahnya dan kepada 40 orang asnaf yang bermastautin di kawasan Mukim Berakas dan sekitarnya. Sebanyak tiga ekor kerbau telah dikorbankan bagi majlis tersebut.

3_Majlis ibadah korban 1446 Hijrah.jpg​4_Majlis ibadah korban 1446 Hijrah.JPG

PENGAGIHAN daging-daging korban disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan dan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan.

Majlis diakhiri dengan doa selamat dibacakan oleh penceramah undangan.

Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan.

Attachments