Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Doa kesyukuran sempena Hari Bumi 2025

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi

1_Doa kesyukuran sempena Hari Bumi 2025.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid hadir selaku tetamu kehormat majlis.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 22 April. – Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Kementerian Pembangunan mengadakan Majlis Solat Fardhu Asar Berjemaah diselajurkan dengan Membaca Surah Yaasin dan Tahlil serta Doa Kesyukuran bersempena Sambutan Hari Bumi Tahun 2025 di Masjid Ash-Shaliheen, Jalan Perdana Menteri, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

Majlis dimulakan dengan solat fardhu Asar berjemaah yang diimamkan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Yang Mulia Awang Haji Mohammad Izzat Izzuddin bin Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Emran.

Majlis diteruskan dengan bacaan surah Yaasin dan tahlil beramai-ramai yang dipimpin oleh Imam Masjid Ash-Shaliheen, Yang Mulia Mohammad Syariff Wafiuddin bin Jemain.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa kesyukuran oleh Awang Haji Mohammad Izzat Izzuddin bin Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Emran.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap, Dayang Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub; Timbalan Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional); Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar; ketua-ketua jabatan, divisyen, unit serta pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan dibawahnya.

2_Doa kesyukuran sempena Hari Bumi 2025.JPG

ANTARA para jemputan wanita yang turut hadir.

Hari Bumi yang lazimnya disambut pada setiap 22 April, merupakan acara global yang didedikasikan untuk melindungi alam sekitar. Tema tahun ini, “Kuasa Kita, Planet Kita" (“Our Power, Our Planet") telah menyeru satu tindakan untuk memanfaatkan sumber-sumber boleh diperbaharui (renewable resources) yang amat banyak di planet ini dalam usaha menangani perubahan iklim dan memelihara ekosistem.

Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi.

Attachments