Oleh: Kementerian Pembangunan | Infografik: Kementerian Pembangunan
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 21 April. – Lembaga Arkitek, Jurutera Profesional dan Juruukur Bahan (BAPEQS) dengan sukacitanya memaklumkan bahawa pendaftaran bagi Peperiksaan Kompetensi Profesional 2025 kini dibukakan kepada orang ramai.
Tarikh tutup menghantar borang permohonan ialah hari Khamis, 15 Mei 2025, sebelum jam 4:00 petang.
Borang permohonan dan maklumat lanjut boleh didapati melalui laman sesawang BAPEQS di www.bapeqs.gov.bn.