Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Majlis tahlil di Kubah Makam Diraja

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Majlis tahlil di Kubah Makam Diraja.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid hadir mengetuai rombongan Kementerian Pembangunan.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 6 Mac. – Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan dibawahnya, hari ini mengadakan Majlis Membaca Surah Yaasin dan Tahlil khusus bagi ayahanda dan bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman, dan paduka anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim. Majlis diadakan di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.

2_Majlis tahlil di Kubah Makam Diraja.JPG

3_Majlis tahlil di Kubah Makam Diraja.JPG

ANTARA warga Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan dibawahnya yang hadir.

Rombongan diketuai oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid dan dihadiri oleh warga Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan dibawahnya.

Majlis diisikan dengan bacaan Surah Yaasin dan diikuti dengan bacaan tahlil beramai-ramai yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Kampong Tamoi, Yang Mulia Awang Faizal bin Janif / Rosli.

Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan Doa Tahlil dan diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar; Ketua-Ketua Jabatan, Divisyen dan Unit di Kementerian Pembangunan, serta pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Majlis ini merupakan aktiviti keugamaan tahunan yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan bersempena bulan Ramadhan.

Attachments