Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan
SESI permuzakarahan Kementerian Pembangunan bersama Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara yang diadakan di Dewan Atria Simpur, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya.
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 25 November. – Kementerian Pembangunan hari ini mengadakan sesi permuzakarahan bersama Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara yang diadakan di Dewan Atria Simpur, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya.
Mengalu-alukan kehadiran Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.
Sesi muzarakah didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dan disusuli dengan ucapan alu-aluan disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan.
Ini diikuti dengan ucapan balas daripada Yang Berhormat Awang Haji Sulaiman bin Haji Nasir, Ketua Kampong Labu Estate dan Piasau-Piasau, Daerah Temburong selaku wakil rombongan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara.
PERMUZAKARAHAN di antara Kementerian Pembangunan dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara sedang bersidang.
Sesi permuzakarahan ini dihasrat untuk dijadikan sebagai satu platform untuk berbincang secara terbuka di antara kedua-dua belah pihak disamping bertukar-tukar pandangan dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan dan program yang diungkayahkan oleh Kementerian Pembangunan ke arah mencapai kesejahteraan rakyat.
Seramai 11 orang Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara hadir ke sesi muzakarah ini.
SESI bergambar ramai.
Turut hadir, Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan serta Pegawai-Pegawai Kanan dari Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.