Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Buku Pelan Strategik MOD 2024-2029 dilancarkan

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

3_Buku Pelan Strategik MOD 2024-2029 dilancarkan.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid melancarkan buku Pelan Strategik Kementerian Pembangunan 2024-2029.

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 28 Oktober. – Kementerian Pembangunan melalui Divisyen Penyelarasan Polisi dan Perancangan Strategik hari ini melancarkan buku Pelan Strategik Kementerian Pembangunan 2024-2029. Majlis pelancarannya diadakan di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan pelancarannya ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

Pemangku Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh, selaku Pengerusi majlis menyatakan dalam ucapannya bahawa buku pelan strategik berkenaan adalah landasan untuk meneruskan dan mempertingkatkan lagi pencapaian yang sudah diraih agar inisiatif-inisiatif akan terus dilaksanakan dengan panduan yang menyeluruh dan bersistematik demi mencapai visi Kementerian Pembangunan iaitu 'Kehidupan Berkualiti, Pembangunan Mampan dan Negara Makmur'.

2_Buku Pelan Strategik MOD 2024-2029 dilancarkan.JPG

PEMANGKU Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh, selaku pengerusi majlis semasa memberikan ucapan.

Tambahnya, pelan strategik berkenaan menyatukan bidang tugas yang luas dan memberikan hala tuju yang terperinci dalam perjalanan untuk mencapai misi bersama iaitu Penyediaan Persekitaran Binaan Yang Meningkatkan Kualiti Kehidupan Ke Arah Pembangunan Negara yang Maju.

Dilengkapi dengan tiga matlamat dan lapan objektif strategik yang berasaskan 'key performance indicator' (KPI), bukti (evidence-based) dan amalan terbaik, pelan strategik ini adalah asas bagi Kementerian Pembangunan untuk terus bergerak kehadapan sebagai satu pasukan dalam pemberian perkhidmatan dan pembangunan infrastruktur serta meneruskan penambahbaikan dan pembaharuan dalam hasrat untuk mencapai matlamat Wawasan Brunei 2035.

Setelah melancarkan Pelan Strategik Kementerian Pembangunan 2024-2029, Yang Berhormat Menteri Pembangunan menyampaikan buku berkenaan kepada ketua-ketua jabatan di bawah Kementerian Pembangunan.

4_Buku Pelan Strategik MOD 2024-2029 dilancarkan.JPG 5_Buku Pelan Strategik MOD 2024-2029 dilancarkan.JPG

YANG BERHORMAT Menteri Pembangunan menyampaikan buku Pelan Strategik Kementerian Pembangunan 2024-2029 kepada ketua-ketua jabatan di bawah Kementerian Pembangunan.

Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Kementerian Pembangunan, Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub, ketua-ketua jabatan, divisyen, dan unit, pegawai-pegawai serta kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

6_Buku Pelan Strategik MOD 2024-2029 dilancarkan.JPG

YANG BERHORMAT Menteri Pembangunan dan eksekutif kanan Kementerian Pembangunan bersama ketua-ketua jabatan di bawah Kementerian Pembangunan bergambar ramai sebelum Majlis Pelancaran Buku Pelan Strategik Kementerian Pembangunan 2024-2029.

1_Buku Pelan Strategik MOD 2024-2029 dilancarkan.JPG

YANG BERHORMAT Menteri Pembangunan dan eksekutif kanan Kementerian Pembangunan bergambar ramai bersama pegawai-pegawai dan kakitangan dari Divisyen Penyelarasan Polisi dan Perancangan Strategik.

Attachments