Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Makluman: Penutupan jalan sementara

Oleh: Kementerian Pembangunan | Infografik: Jabatan Kerja Raya

1_Makluman Penutupan jalan sementara.JPG

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 1 Ogos. – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai mengenai penutupan sementara jalan iaitu Jalan Utama Berakas berhadapan dengan Sekolah IBTE School of Aviation menghala Lambak hari ini bermula jam 9:00 malam sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Penutupan sementara jalan tersebut adalah disebabkan oleh kerosakan struktur pada jambatan pejalan kaki yang dilanggar oleh sebuah kenderaan yang melebihi had tinggi.

Sehubungan itu, pengguna-pengguna jalan raya adalah dinasihatkan untuk menggunakan jalan alternatif untuk menuju ke kawasan Lambak.

2_Makluman Penutupan jalan sementara.JPG

LOKASI penutupan jalan di Jalan Utama Berakas (jalan menuju ke kawasan Lambak).

Pengguna-pengguna jalan raya juga diingatkan untuk memandu dengan lebih berhati-hati di kawasan berkenaan disamping mematuhi tanda-tanda lalu lintas demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Untuk sebarang makluman dan perkembangan terkini, orang ramai bolehlah mengikuti Facebook: Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam dan Instagram @jkrbrunei.

Attachments