Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

7 gerai terbiar tepi jalan diroboh

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

2_7 gerai usang tepi jalan diroboh.jpeg 3_7 gerai usang tepi jalan diroboh.jpeg

KERJA-KERJA meroboh gerai usang dan terbiar di beberapa lokasi di Daerah Brunei dan Muara.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 1 Ogos. – Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Jalan Raya, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Perancang Bandar dan Desa bersama Jabatan Daerah Brunei dan Muara dan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) meneruskan lagi operasi meroboh gerai usang di sepanjang Jalan Bukit Kebun, Jalan Utama Terunjing dan Jalan Bengkurong Masin.

Ia melibatkan empat buah gerai di Jalan Bukit Kebun, dua buah gerai di Jalan Utama Terunjing dan sebuah gerai di Jalan Bengkurong Masin yang tidak lagi digunakan dan terbiar.

Kerja-kerja membuka dan menanggalkan gerai-gerai yang terbiar ini yang jika dibiarkan boleh menimbulkan risiko keselamatan kepada pengguna jalan raya dan menjejaskan imej negara di kawasan berkenaan, adalah atas perbelanjaan Kerajaan yang lebih bermanfaat dibelanjakan untuk membina atau membaiki jalan raya.

Ketua Pengarah Kerja Raya mempunyai kuasa untuk menanggalkan struktur-struktur atau gerai sedemikian dan boleh menuntut kembali perbelanjaan yang ditanggung daripada pemilik struktur atau gerai tersebut.

Mendirikan apa jua struktur di atas jalan atau rizab jalan tanpa kebenaran adalah satu kesalahan di bawah Akta Lalu Lintas Jalan Raya dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda sehingga $2,000.

Penjaja gerai hendaklah mematuhi undang-undang dan sama-sama bertanggungjawab bagi memperbaiki persekitaran dan kesejahteraan awam. Orang ramai bolehlah mengongsikan maklumat jika terdapat gerai yang terbiar dan boleh menyebabkan bahaya kepada pengguna jalan raya dengan menghubungi Talian Darussalam 123 atau melalui e-mel info@123.gov.bn.

Attachments