Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Operasi meroboh gerai usang tepi jalan diteruskan

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Operasi meroboh gerai using tepi jalan diteruskan.JPG 2_Operasi meroboh gerai using tepi jalan diteruskan.JPG

KERJA-KERJA meroboh gerai usang yang tidak lagi digunakan.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 25 Julai. – Operasi Bersepadu di sepanjang Jalan Mulaut - Limau Manis melibatkan lapan buah gerai yang tidak lagi digunakan dan terbiar telah dibuka. Ia adalah operasi sepadu secara berterusan yang melibatkan Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Jalan Raya, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Perancang Bandar dan Desa bersama Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB).

Pihak Kementerian Pembangunan menegaskan lagi kepada para penjaja gerai supaya akan beroperasi di kawasan yang telah dibenarkan oleh pihak Kerajaan sahaja.  Mendirikan apa jua struktur di atas jalan atau rizab jalan tanpa kebenaran adalah satu kesalahan di bawah Akta Lalu Lintas Jalan Raya dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda sehingga $2,000.

Untuk makluman orang ramai, Ketua Pengarah Kerja Raya mempunyai kuasa untuk menanggalkan struktur-struktur atau gerai sedemikian dan boleh menuntut kembali perbelanjaan yang ditanggung daripada pemilik struktur-struktur atau gerai tersebut.

Kerja-kerja membuka dan menanggalkan gerai-gerai terbiar ini adalah atas perbelanjaan pihak Kerajaan yang mana peruntukannya lebih bermanfaat untuk dibelanjakan bagi membina atau membaiki jalan raya.

Penjaja gerai hendaklah mematuhi undang-undang dan turut sama bertanggungjawab untuk memperbaiki persekitaran dan kesejahteraan awam. Orang ramai bolehlah mengongsikan maklumat jika terdapat gerai yang terbiar dan boleh menyebabkan bahaya kepada pengguna jalan raya dengan menghubungi Talian Darussalam 123 atau melalui e-mel info@123.gov.bn.

Attachments